Pengumuman Daripada: Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
HEBAHAN PELUANG KERJA SAMBILAN PELAJAR MySISWA@JoC DI PUSAT INSTRUMENTASI DAN PERKHIDMATAN SAINS (PIPS), UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS), Universiti Malaysia Sabah kini membuka permohonan Program MySISWA@JoC (Job on Campus) bagi pengambilan pelajar untuk menjalankan kerja sambilan di PIPS.
Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya YBhg. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan dapat membantu menghebahkan peluang ini kepada pelajar yang berkelayakan di fakulti/institut/pusat masing-masing.
Bersama-sama ini dilampirkan poster hebahan untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 7 Ogos 2026.
Segala kerjasama dan perhatian daripada YBhg. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.


