Pengumuman Daripada: Unit Infak, Bahagian Pendidikan & Zakat, Pusat Islam UMS

Jom berinfak untuk Dapur Rahmah Masjid UMS. Anda boleh menyumbang secara berkala pada setiap bulan melalui potongan gaji HROnline UMS – mudah, selamat dan berterusan.
✨ Sumbangan anda akan dimanfaatkan untuk:
✅ Program Iftar Ramadan & Iftar Isnin Khamis
✅ Program/Aktiviti Dapur Rahmah
✅ Kupon & Pek Makanan Percuma Aktiviti Masjid
💙 Kenapa memilih potongan gaji berkala?
✔️ Mudah, tanpa perlu membuat bayaran setiap bulan.
✔️ Lebih konsisten.
✔️ Membantu memastikan program kebajikan Pusat Islam UMS dapat dilaksanakan secara berterusan.
📌 Daftar sekarang melalui HROnline UMS:
⏩Menu ⏩Pusat Islam UMS ⏩Infak (sedekah) ⏩Permohonan Infak ⏩Infak Dapur Rahmah
📞 Hotline PIUMS: 088-320624
Ayuh bersama-sama menyemarakkan budaya infak dan berkongsi rezeki. Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan serta mendapat ganjaran daripada Allah SWT. 🌹
#JomInfak #DapurRahmah #UMSShare
#UMSBrainOfBorneo


