Pengumuman Daripada: Penerbit UMS


Assalamualaikum/Salam sejahtera, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2. Merujuk kepada hebahan berkaitan penganjuran Anugerah Buku Borneo (ABB) 2026 bertarikh 4 Jun 2026 yang telah diedarkan sebelum ini, sukacita dimaklumkan bahawa pihak urus setia sekali lagi telah bersetuju untuk melanjutkan tarikh tutup penyertaan anugerah tersebut sehingga 31 Julai 2026 (Jumaat).
3. Sehubungan dengan itu, semua warga UMS/penulis adalah dijemput untuk mengemukakan pencalonan masing-masing mengikut kategori yang telah ditetapkan. Maklumat lanjut berkaitan kategori pencalonan dan syarat penyertaan boleh dirujuk melalui hebahan rasmi atau dengan mengimbas kod QR pada poster yang disertakan.
4. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini boleh diajukan kepada Sekretariat Anugerah Buku Borneo (ABB) 2026, iaitu Puan Alecia Angati, di talian +6014-6777518 atau melalui e-mel Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya. .
Kerjasama dan sokongan daripada semua warga UMS dalam menjayakan penganjuran ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.


