Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat
HEBAHAN KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG DAN BENDERA NEGERI SABAH SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) TAHUN 2026
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sempena sambutan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun 2026, Universiti Malaysia Sabah (UMS) menggalakkan semangat patriotisme dalam kalangan seluruh warga universiti melalui penglibatan aktif semua JAFPIB, selaras dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun 2026 “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”.
3. Dalam suasana kekangan perbelanjaan semasa, semua JAFPIB adalah digalakkan untuk melaksanakan aktiviti dan dekorasi bertemakan kemerdekaan secara kreatif, sederhana, berhemah dan menggunakan sumber sedia ada, tanpa melibatkan perbelanjaan yang tidak perlu. Pendekatan ini diharap dapat memastikan semangat cintakan negara terus disemarakkan tanpa menjejaskan usaha universiti mengawal dan mengoptimumkan perbelanjaan.
4. Antara inisiatif yang boleh dilaksanakan termasuklah mengibarkan Jalur Gemilang, menghias ruang pejabat menggunakan bahan sedia ada atau bahan terpakai, pemakaian pakaian bertemakan patriotik, perkongsian fakta dan Sejarah kemerdekaan secara kreatif yang bersesuaian.
5. Sehubungan itu, kerjasama semua JAFPIB dalam menjayakan kempen ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Pusat Komunikasi Korporat (PKK)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)


