Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar

PELAWAAN UNTUK MENGISI JAWATAN NAIB CANSELOR DI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mempelawa staf Kumpulan Pengurusan & Profesional (Akademik) di organisasi YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Naib Canselor di UniMAP.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Mac 2026 (Jumaat).
Iklan jawatan adalah seperti di pautan berikut: IKLAN JAWATAN NC. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada:
Pendaftar
Jabatan Pendaftar
Universiti Malaysia Perlis
Aras 1, Canselori Tuanku Syed Sirajuddin
Kampus Alam UniMAP Pauh Putra
02600 Arau, Perlis.
Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu JavaScript diaktifkan untuk melihatnya.
Sebarang pertanyaan berhubung permohonan boleh dikemukakan kepada Cik Norzaililah binti Zainoddin, Timbalan Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Perlis di talian 04-9414412 atau emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu JavaScript diaktifkan untuk melihatnya. .
Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.


