Select your language

Language

Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mempelawa staf Kumpulan Pengurusan & Profesional (Akademik) di organisasi YBhg.Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) di universiti ini.
 
Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 Mac 2026 (Jumaat), jam 5.00 petang.
 
Iklan jawatan adalah seperti mana di lampiran. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada:
 
Pendaftar,
Jabatan Pendaftar
Universiti Malaysia Perlis
Aras 1, Canselori Tuanku Syed Sirajuddin
Kampus Alam UniMAP Pauh Putra
02600 Arau, Perlis.
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Sebarang pertanyaan berhubung permohonan boleh dikemukakan kepada Cik Norzaililah binti Zainoddin, Timbalan Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Perlis di talian 04-9414412 atau emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sila rujuk lampiran disini: IKLAN JAWATAN TNC UniMAP

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Select your language