Pengumuman Daripada: Pusat Residensi Pelajar

KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT
- Hebahan Pemakluman Penjenamaan Semula Pusat Pengurusan Non-Residen Dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF) Kepada Pusat Residensi Pelajar (UniRES)
- Lampiran A
HEBAHAN PEMAKLUMAN PENJENAMAAN SEMULA PUSAT PENGURUSAN NON RESIDEN DAN FASILITI PERUMAHAN PELAJAR (PNRF) KEPADA PUSAT RESIDENSI PELAJAR (UniRES)
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
-
Sukacita dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah Bil. 7/2026 (Kali Ke-144) pada 10 September 2026 telah meluluskan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Non-Residen dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF) kepada Pusat Residensi Pelajar (UniRES). Penjenamaan semula ini turut melibatkan pemerkasaan fungsi pusat seperti dalam Lampiran A yang disertakan.
-
Sehubungan itu, sebarang urusan dengan PNRF hendaklah menggunakan nama baharu seperti yang dinyatakan di atas berkuat kuasa pada tarikh diluluskan oleh Mesyuarat LPU. Maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan UniRES seperti alamat berikut:PengarahPusat Residensi Pelajar (UniRES)Aras 1, Bangunan Anjung SiswaJalan UMS, 88450 Kota Kinabalu, SabahTel : 088-205500
Emel : Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.
Segala perhatian dan Kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian


