Pengumuman Daripada: Bahagian Keselamatan Hospital UMS

Adalah dimaklumkan bahawa HUMS akan mula beroperasi dan dibuka kepada orang awam bermula 29 Jun 2026. Sehubungan itu, dijangkakan jumlah kenderaan yang memasuki kawasan HUMS akan meningkat bagi urusan mendapatkan rawatan.
Bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan meningkatkan tahap keselamatan serta mengurangkan kesesakan di kawasan sekitar hospital, Pintu Pagar BPA akan ditutup sepenuhnya bermula 1 Julai 2026.
Bagi memastikan kelancaran perjalanan, semua kakitangan dan pelajar diminta untuk mengambil maklum dan mematuhi panduan laluan seperti berikut:
LALUAN DARI KAMPUS KE HUMS & FPSK
- Melalui KKTPAR
Kampus Utama - Melalui Pintu Pagar No. 5 (KKTPAR) - Masuk ke Kawasan HUMS dan FPSK.
- Melalui Pintu Pagar 4 UMS (Ke FPSK)
Dari Simpang BPA - Terus ke Pintu Pagar No. 4 UMS - Masuk melalui Pintu Masuk Utama HUMS - Keluar melalui Pintu Keluar Utama HUMS – FPSK.
LALUAN DARI FPSK KE HUMS & KAMPUS
- Dari FPSK ke Kampus (Melalui HUMS & KKTPAR)
Dari FPSK - Ikut Jalan Sehala - Masuk ke Pintu Masuk Utama HUMS - Melalui Pintu Pagar No. 5 (KKTPAR) – Kampus.
- Dari FPSK ke HUMS & Kampus
Dari FPSK - Ikut Jalan Kampung Numbak - Masuk ke Pintu Masuk Utama HUMS Melalui Pintu Pagar No. 5 (KKTPAR) - Kampus
- Dari FPSK ke Kampus (Melalui Jalan Numbak & Pintu Pagar 4)
Dari FPSK - Terus ikut Jalan Kampung Numbak - Masuk ke Pintu Pagar 4 UMS – Kampus
Sila rujuk Peta Laluan Dan Aliran Trafik Kampus UMS, Hospital UMS, FPSK Dan Jalan Numbak Bermula 01 Julai 2026 yang dilampirkan bersama surat pemakluman ini bagi memastikan pergerakan keluar dan masuk kenderaan berjalan dengan lancar.
Terima kasih.


