Pengumuman Daripada: Unit Zakat, Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

KE MANA ZAKAT ANDA DISALURKAN?
✨ Zakat Anda, Harapan Mereka.
Tahukah anda bahawa zakat yang anda tunaikan melalui Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) disalurkan kepada asnaf kakitangan UMS yang benar-benar memerlukan mengikut syarat dan garis panduan zakat UMS yang telah ditetapkan.
Setiap sumbangan zakat yang anda tunaikan menjadi sinar harapan buat mereka yang sedang berdepan ujian kehidupan. Dengan izin Allah SWT, zakat membantu meringankan beban, memulihkan semangat serta memastikan kebajikan warga UMS terus terpelihara.
Antara bentuk bantuan yang disediakan ialah:-
✅ Bantuan Am Sara Diri
✅ Bantuan Sewa Rumah
✅ Bantuan Saguhati Hari Raya
✅ Bantuan Persekolahan Anak
✅ Bantuan Perubatan
✅ Bantuan Kecemasan
✅ Bantuan Saudara Baharu (Muallaf)
Siapa yang layak memohon???
🔹 Fakir
🔹 Miskin
🔹 Fisabilillah
🔹 Muallaf
Syarat Am Permohonan:-
✔️ Beragama Islam.
✔️ Warga Universiti Malaysia Sabah (UMS).
✔️ Bagi pemohon bukan Islam, hanya layak dipertimbangkan bagi Bantuan Kecemasan mengikut ketetapan yang berkuatkuasa.
Firman Allah SWT:-
"Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan dan menyucikan mereka."
(Surah At-Taubah: Ayat 103)
🤲 Terima kasih kepada semua pembayar zakat. Keprihatinan anda bukan sekadar membantu meringankan beban, malah memberi harapan baharu kepada warga UMS yang memerlukan.
💙 Zakat Anda Diuruskan Dengan Amanah, Telus dan Berkesan. Setiap Ringgit Anda, Sinar Kebaikan Untuk Mereka.
#ZakatUMSPusatIslamUMS
#membangunbersamaasnaf
#menyantuniasnaf
#zakatmembawaberkat
#UMSBrainOfBorneo
#membangunbersamaasnaf
#menyantuniasnaf
#zakatmembawaberkat
#UMSBrainOfBorneo


