Pengumuman Daripada: Pusat Rawatan Warga

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa Pusat Rawatan Warga (PRW) telah menukar nombor telefon rasmi bagi urusan pertanyaan dan komunikasi berkaitan perkhidmatan PRW.
📞 Nombor telefon baharu: 088-321 645
Sehubungan itu, semua warga UMS dan HUMS dan pihak yang berkaitan adalah dimohon untuk mengemas kini nombor telefon PRW dan menggunakan nombor baharu tersebut bagi sebarang urusan rasmi berkuat kuasa mulai sekarang.
Kerjasama dan perhatian semua pihak berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.


