Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

APA ITU PPE?
Peralatan Perlindungan Diri (PPE) ialah sebarang kelengkapan atau alat yang direka khas untuk digunakan oleh pekerja bagi melindungi diri mereka daripada bahaya keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. PPE merupakan langkah kawalan terakhir dalam Hierarki Kawalan Risiko.
KATEGORI DAN FUNGSI PPE:
-
Pelindung Kepala & Muka
-
Fungsi: Melindungi bahagian kepala, muka dan mata daripada serpihan yang jatuh, hantukkan, debu, percikan cecair panas, serta cahaya berbahaya.
-
Pelindung Badan
-
Fungsi: Melindungi tubuh daripada bahaya percikan kimia, haba, kecederaan dan risiko jatuh serta meningkatkan keterlihatan (high visibility) untuk mengelakkan kemalangan.
-
Pelindung Tangan
-
Fungsi: Melindungi tangan daripada risiko luka akibat benda tajam, kelecuran suhu panas, renjatan elektrik, serta hakisan akibat bahan kimia.
-
Pelindung Kaki
-
Fungsi: Melindungi kaki daripada kecederaan akibat dihempap objek berat atau tertusuk benda tajam, tergelincir dan limpahan cecair kimia.
PERUNDANGAN (OSHA) - AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 (AKTA 514) (PINDAAN 2022):
-
Seksyen 15 (Kewajiban Majikan): Majikan wajib menyediakan dan menyelenggara persekitaran kerja yang selamat serta membekalkan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang sesuai tanpa mengenakan sebarang kos kepada pekerja.
-
Seksyen 24 (Kewajiban Pekerja): Pekerja wajib memakai dan menggunakan PPE yang disediakan oleh majikan secara betul semasa menjalankan tugas berisiko. Kegagalan mematuhi akan dikenakan tindakan undang-undang.
Sumber: DOSH / JKKP Malaysia, KKM


