Pilih bahasa anda

Language

 

Pengumuman Daripada: Bahagian EcoCampus, Pusat Pengurusan Strategik

 

 

🌱 Bersama Merealisasikan Kampus Sifar Sisa.


Polisi Pengurusan Sisa Lestari UMS yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti (PBPU) Bil. 35/2020 pada 30 Disember 2020 menjadi panduan utama dalam memastikan pengurusan sisa di UMS dilaksanakan secara lebih sistematik, berkesan dan lestari.


Sehubungan dengan itu, seluruh warga UMS termasuk staf, pelajar, kontraktor dan pengusaha makanan adalah diseru untuk memperkukuh pematuhan terhadap 6 (enam) amalan utama berikut:

1. Larangan penggunaan plastik sekali guna

2. Pengasingan sisa di punca

3. Mengurangkan penggunaan kertas

4. Mengurus sisa organik dengan betul

5. Mengurus sisa khas (kimia, elektronik & klinikal) mengikut prosedur

6. Tidak melakukan pembakaran terbuka di dalam kawasan kampus


Setiap tindakan kecil yang kita lakukan mampu memberi impak besar kepada kelestarian kampus dan alam sekitar
🍃

Marilah kita bersama-sama mengamalkan konsep 6R (Refuse, Reduce, Reuse, Rethink, Recreate & Recycle) dalam kehidupan seharian🤝


💚 Patuhi Polisi. Elakkan Denda. Jadilah Warga UMS yang Bertanggungjawab.

 

#EcoCampusUMS #StrategiUMS #TiadaPlastikSekaliGuna #AsingSisa #UrusSisadenganBetul #SustainabilityUMS #UMSTheBrainOfBorneo #LeadingTowardsInnovativeSocieties

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda