Pengumuman Daripada: Pusat Jaminan Kualiti (CQA)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada kumpulan inovasi Universiti Malaysia Sabah (UMS) atas kejayaan memperoleh Penarafan Perak dalam Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif Universiti Awam (HBKIK-UA) 2026 yang telah berlangsung pada 4 hingga 6 Ogos 2026 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Kejayaan ini melibatkan:
🏆 Kumpulan TITANS
Fakulti Sains dan Teknologi
🏆 Kumpulan The Vet Team
Fakulti Pertanian Lestari
Pencapaian ini mencerminkan komitmen, kreativiti, kesungguhan dan semangat inovasi yang tinggi dalam kalangan warga UMS.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua ahli kumpulan serta pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan penyertaan UMS di peringkat Universiti Awam.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar pencapaian yang lebih cemerlang serta memperkukuh budaya inovasi di UMS.
🌟 Tahniah dan syabas!
Teruskan melangkah, teruskan berinovasi, teruskan mengharumkan nama UMS!


