Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

Tahniah diucapkan kepada Universiti Malaysia Sabah melalui Penerbit UMS atas kejayaan penerbitan buku terbaru “Inovasi Komuniti Berasaskan Kearifan Tempatan dalam Pengurusan Sumber, Makanan dan Adaptasi Sosial” hasil karya Prof. Madya Dr. Jurry Foo @ Jurry F. Michael, Prof. Madya Dr. Mansoor Abdul Hamid dan Dr. Colonius Atang.
Karya ini bukan sekadar sebuah penerbitan ilmiah, tetapi sebuah manifestasi pemikiran dan penyelesaian inovatif berasaskan kearifan tempatan yang mendalam.
Semoga penerbitan ini terus menyemarakkan budaya ilmu serta memberi inspirasi kepada masyarakat dan penyelidik untuk terus berkarya.
Teruskan melangkah ke arah masyarakat inovatif.


