Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

Tahniah diucapkan kepada Universiti Malaysia Sabah melalui Penerbit UMS atas kejayaan penerbitan buku terbaru “Pembentukan Model Penginapan Homestay Patuh Syariah (MPHPS)” hasil karya Dr. Suhailah Hj. Abd Muin, Dr. Mohd Nor Azan Abdullah dan Dr. Norcikeyonn Samuni.
Karya ini bukan sekadar penulisan akademik, tetapi sebuah panduan dan gabungan pemikiran saintifik yang komprehensif dalam memperkasa industri pelancongan patuh Syariah.
Semoga penerbitan ini terus menyemarakkan budaya ilmu serta memberi inspirasi kepada pengusaha dan pemikir industri untuk terus berkarya.


