Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

Tahniah diucapkan kepada Universiti Malaysia Sabah melalui Penerbit UMS atas kejayaan penerbitan buku terbaru “Peranan dan Perjuangan Pertubuhan Sukarela Wanita dalam Pembangunan Wanita di Sabah (1963-2003)” hasil karya Dr. Siti Aidah Lukin @ Lokin dari Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa.
Karya ini bukan sekadar catatan sejarah, tetapi sebuah manifestasi peranan, perjuangan dan citra kepimpinan wanita yang mendalam dalam pembangunan masyarakat di Sabah.
Semoga penerbitan ini terus menyemarakkan budaya ilmu serta memberi inspirasi kepada pembaca dan generasi muda untuk terus berkarya.


