Pengumuman Daripada: Pusat Jaminan Kualiti

Wakil UMS ke Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif Universiti Awam (HB KIK-UA) Kali Ke-18 Tahun 2026
Seluruh warga Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Universiti Malaysia Sabah mengucapkan selamat maju jaya kepada kontinjen UMS yang akan bertanding di Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif Universiti Awam (HB KIK-UA) Kali Ke-18 Tahun 2026, yang berlangsung pada 4–6 Ogos 2026 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Tahniah dan syabas kepada dua kumpulan yang membawa nama Universiti Malaysia Sabah:
🏆 Kumpulan TITANS
Fakulti Sains dan Teknologi
🏆 Kumpulan THE VET TEAM
Fakulti Pertanian Lestari
Semoga segala usaha, komitmen dan idea inovatif yang telah dicurahkan membuahkan hasil yang membanggakan. Tampilkan kreativiti, semangat berpasukan dan keyakinan untuk mengharumkan nama UMS di pentas kebangsaan.
Terbang tinggi dengan inovasi, pulang membawa kejayaan! 💙💛
Seluruh warga UMS sentiasa mendoakan dan menyokong perjalanan anda..


