Pengumuman Daripada: Unit Zakat, Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

KE MANA ZAKAT ANDA DISALURKAN?
✨ Zakat anda adalah harapan mereka, kejayaan ummah.
Setiap ringgit zakat yang ditunaikan bukan sekadar memenuhi kewajipan, malah menjadi sinar harapan kepada mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang memerlukan. Melalui agihan zakat yang telus dan beramanah, ramai pelajar asnaf dapat meneruskan pengajian tanpa dibebani masalah kewangan.
Agihan Bantuan Zakat kepada Pelajar Asnaf UMS merangkumi:-
✅ Bantuan Am Sara Diri
✅ Bantuan Am Pelajaran
✅ Bantuan Yuran Pengajian / Kolej / Rumah Sewa
✅ Bantuan Saudara Baharu (Muallaf)
✅ Bantuan Perubatan
✅ Bantuan Kecemasan
✅ Lain-lain Bantuan mengikut pertimbangan Jawatankuasa Pengurusan Zakat UMS.
Siapa yang layak memohon???
🔹 Fakir
🔹 Miskin
🔹 Fisabilillah
🔹 Muallaf
Syarat Am Permohonan:-
✔️ Beragama Islam.
✔️ Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS).
✔️ Mahasiswa pengajian sepenuh masa di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana sahaja.
Firman Allah SWT:-
"Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."
(Surah At-Taubah: 60)
🤲 Terima kasih kepada seluruh warga UMS yang terus menunaikan zakat melalui Pusat Islam UMS. Keprihatinan anda membantu meringankan beban pelajar asnaf, membuka peluang pendidikan dan melahirkan generasi yang lebih cemerlang.
#ZakatUMSPusatIslamUMS
#membangunbersamaasnaf
#menyantuniasnaf
#zakatmembawaberkat
#UMSBrainOfBorneo


