KHAMIS, 8 JUN - Seramai 20 pelajar calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Arshad, Kota Belud menyertai program Selangkah Ke Menara Gading anjuran Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.
Pengarah Program, Mohamad Norazlan Norhisham berkata, program selama dua hari itu bertempat di sekitar kampus dan bertumpu di KKTM.
“Antara pengisian program termasuk lawatan sambil belajar ke beberapa kawasan UMS seperti Dewan Canselor, Perpustakaan, Menara Jam, Akuarium dan Muzium Marin, Pantai Odec, Galeri Borneensis dan Radio KKFM,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada media UMS.
Menurut Norazlan aktiviti itu dilaksanakan sebagai kesinambungan program yang dimulai Jakmas-jakmas terdahulu yang bertujuan memberi motivasi dan pendedahan alam kehidupan kampus kepada pelajar-pelajar.
“Ia sekali gus mampu meningkatkan semangat mereka untuk memasuki universiti di samping mendorong untuk meraih pencapaian cemerlang dalam peperiksaan SPM 2017,” katanya.
Selain Jakmas, program itu turut dijayakan sekretariat dan felo staf kolej.
Dalam pada itu, Pengetua KKTM, Dr. Mohamad Nizam Nazarudin turut menyuarakan sokongan terhadap program tersebut yang disifatkannya mampu meningkatkan kemahiran insaniah mahasiswa terutama dalam mengendalikan sesuatu program.
Majlis perasmian penutupan disempurnakan Felo Penyelaras Program, Dr. Sariah Abang.
Sumber: Kolej Kediaman Tun Mustapha



KHAMIS, 8 JUN – Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) hari ini telah mengadakan sesi taklimat berkaitan Fidyah Puasa dan Kumpulan Wang Amal Jariah (KWAJ) bersama kakitangan Jabatan Canselori di Bilik Mesyuarat Senat, Bangunan Canselori Universiti Malaysia Sabah (UMS).
RABU, 7 JUN - Kelab Kebudayaan Jepun, Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini menganjurkan Japanese Cultural Day (JCD) di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) UMS. 
RABU, 7 JUN - Persatuan Mahasiswa Perniagaan, Ekonomi, dan Perakaunan (PMPEP) menganjurkan program “Secretaries Day 2017” di Dewan Kuliah Pusat 2, baru-baru ini.
SELASA, 6 JUN - Kelab Antropolgi dan Sosiologi (ANSOS) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Program Hak Asasi Manusia dengan kerjasama Kolej Ibu Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), baru-baru ini.