JUMAAT, 18 OGOS – Program Jom Sihat Bah! Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang telah berlangsung sejak awal tahun ini diteruskan dengan program pendakian ke Puncak UMS.
Dekan FSSA, Prof. Dr. Baba Musta dalam taklimat ringkas sebelum memulakan pendakian berkata, penganjuran program itu secara berterusan menyaksikan terdapat perkembangan positif dengan penyertaan lebih ramai kakitangan terhadap aktiviti berbentuk riadah ini.
“Program ini terus mendapat sokongan dan dilihat telah berjaya mencapai matlamat dalam memupuk amalan hidup sihat melalui aktiviti-aktiviti riadah di luar pejabat.
“Kesibukan dalam melengkapkan tugasan harian di pejabat tidak lagi menjadi alasan untuk para kakitangan mengabaikan aktiviti riadah sebegini yang bermanfaat untuk membentuk kecergasan fizikal dan kecerdasan mental,” katanya.
Sementara itu, salah seorang peserta, Hasmi Hashim berkata, aktiviti itu mampu menjadi salah satu wadah dalam membina sifat berpasukan antara kakitangan di samping mengamalkan budaya hidup sihat dalam diri kakitangan UMS.
“Ini seterusnya memberi kesan positif terhadap moral, prestasi dan komitmen kerja dalam kalangan kakitangan agar lebih bermotivasi dan menyumbang kepada peningkatan budaya kerja yang lebih efektif,” ujar beliau.
Program Jom Sihat Bah! 2017 yang dirancang sepanjang tahun ini melibatkan aktiviti seperti Pendakian Bukit, Pertandingan Futsal, Bola Tampar, dan Boling.
Sumber: Kenny Uwai, Fakulti Sains dan Sumber Alam



KHAMIS, 17 OGOS – Bagi memastikan Sistem Purata Nilaian Gred Kumulatif Bersepadu (iCGPA) dapat dilaksanakan secara menyeluruh ke semua program akademik pada masa terdekat, Fakulti Kejuruteraan (FKJ) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan Bengkel Pelaksanaan Sistem iCGPA di Auditorium Yeoh Tiong Lay, Bangunan Yayasan UMS.
KHAMIS, 17 OGOS – Universiti Malaysia Sabah (UMS) sentiasa melaksanakan pelbagai inisiatif dalam menempatkan nama UMS sebagai pusat rujukan bidang halal serantau.
RABU. 16 OGOS – Program Neuro Linguistic Programming (NLP) yang dikendalikan kumpulan kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Likas baru-baru ini mampu menjadi persediaan kepada pelajar tahun enam sekolah berkenaan menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan datang.
RABU, 16 OGOS – Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr. Zainal Arifin Mustapha menghadiri Mesyuarat Majlis Dekan Fakulti Perubatan Universiti Awam (UA) kali Ke-4/2017 yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.