KHAMIS, 04 OGOS – Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial (UPPsiKS) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan ‘Bengkel Praktis Relaksasi Menggunakan Kaedah Hypnotherapy’.
Bertempat di Bilik Seminar 5, Fakulti Psikologi dan Pendidikan, lebih 50 peserta terdiri daripada kakitangan dan pelajar UMS, serta kakitangan dari jabatan kerajaan dan agensi luar hadir pada bengkel tersebut.
Menurut Ketua UPPsiKS, Dr. Ferlis Bullare, bengkel ini bertujuan untuk membantu peserta mengekalkan keseimbangan minda dan fizikal untuk mencapai kesejahteraan dalam diri.
Tambah beliau, tekanan sama ada di tempat kerja mahupun di rumah boleh mempengaruhi kesihatan mental yang merangkumi aspek psikologi, fizikal dan minda jika dibiarkan berlanjutan.
“Keperluan terapi sebegini adalah kerana kita semua menghadapi pelbagai situasi di tempat kerja atau di rumah, dan hypnotherapy mampu membantu kita mengawal stress sekali gus meningkatkan produktiviti kerja,” katanya.
Beliau turut berharap para peserta bengkel dapat mempelajari dan membuat latihan teknik relaksasi menggunakan kaedah hypnotheraphy ke atas diri sendiri demi manfaat kesihatan minda dan fizikal peserta.
Bengkel yang dikendalikan oleh pengamal bidang kaunseling dan perubatan Islam, Tuan Haji Mohd Maktar Imam Haji Nor antara lain mengetengahkan pengetahuan asas tentang kaedah hypnotherapy dan juga mengaplikasikan teknik tersebut kepada peserta. -MA-



KHAMIS, 04 OGOS - Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus menerima pertambahan kehadiran pelancong selepas pelancaran EcoCampus Visitor Information Centre (EVIC) semalam.
RABU, 03 OGOS - Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini melancarkan EcoCampus Visitor Information Centre (EVIC), sebuah pusat sehenti yang menyediakan maklumat dan mempromosikan pakej-pakej pelancongan di UMS.
RABU, 03 OGOS - Bahagian Perhubungan Korporat (BPK) Universiti Malaysia Sabah telah mengadakan jerayawara berkaitan Taklimat Penulisan Rencana Penyelidikan Akhbar dan Pembikinan Video Penyelidikan khusus kepada kakitangan akademik dan kakitangan pengurusan fakulti.
SELASA, 02 OGOS - Fakulti Pertanian Lestari (FPL), UMS Sandakan muncul sebagai penerima Anugerah Organisasi Paling Aktif menganjurkan kempen derma darah di Sandakan sepanjang tahun 2015.