SABTU, 23 NOVEMBER - Seramai 4,553 graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) diraihkan pada Majlis Konvokesyen ke-15 yang berlangsung selama tiga hari, bermula hari ini.Bahagian Media
Jabatan Canselori
SABTU, 23 NOVEMBER - Seramai 4,553 graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) diraihkan pada Majlis Konvokesyen ke-15 yang berlangsung selama tiga hari, bermula hari ini.
SATURDAY, 23 NOVEMBER – Universiti Malaysia Sabah (UMS) continues to show a steady improvement from time to time because of its leaders who are capable and far-sighted.
JUMAAT, 22 NOVEMBER - Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin telah berkenan merasmikan Tamu Gadang sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-15 yang berlangsung esok sehingga Isnin depan.JUMAAT, 22 NOVEMBER 2013 - Penganjuran Tamu Gadang yang menjadi salah satu komponen penting dalam Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini kembali menemui warga masyarakat khasnya di Kota Kinabalu.
Pelbagai aktivit yang diselitkan pada setiap hari selama penganjuran Tamu Gadang bagi menarik lebih ramai pengunjung dari kalangan warga kampus dan penduduk setempat.
Seorang penggerai, Siti Zurainah Syafie ketika ditemui berkata, penganjuran Tamu Gadang membuka ruang dan peluang yang luas untuk para peniaga memperkenalkan dan menjual produk-produk mereka.
“Sebagai salah seorang peniaga, saya berasa sangat teruja setiap kali Majlis Konvokeysen UMS diadakan. Penganjurannya setiap tahun ditunggu oleh kami, para peniaga dan juga para pengunjung,” katanya.
Beliau juga turut berpendapat acara Tamu Gadang akan lebih meriah dan mendapat sambutan luar biasa sekiranya acara tersebut dimasukkan ke dalam kalendar acara pelancongan Sabah.
Seorang lagi penggerai, Azuandi Azman berkata, selain aktiviti jual beli, Tamu Gadang dilihat sebagai salah satu acara yang dapat merapatkan jurang di antara masyarakat dan institusi ilmu.
“Sebagai salah satu Institusi Pengajian Tinggi di negeri ini, saya merasakan mereka yang berkunjung ke Tamu Gadang secara tidak langsung berpeluang untuk merasai persekitaran institusi ilmu yang gah seperi UMS,” ujarnya.
Penganjuran Tamu Gadang pada tahun ini bermula pada 21 November 2013 (Khamis) sehingga 25 November 2013 (Isnin).-ZMD
Bahagian Media
Jabatan Canselori
KHAMIS, 21 NOVEMBER – UMS telah menandatangani satu perjanjian kerjasama dengan Universiti Andalas (UNAND) dan Standard Chartered Siddiq Berhad (SCSB) pada satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UMS dengan kedua-dua agensi tersebut di Galeri Majlis, UMS.
![]()
Terma Pengguna | Penafian | Dasar Privasi | Polisi Keselamatan | Dasar Hak Cipta | Paparan Terbaik 1366x768