RABU, 10 OGOS - Universiti Malaysia Sabah (UMS) sedia untuk menjadi ‘focal point’ kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) khususnya dalam membantu masyarakat dalam bidang pengkomputeran dan siber.
Timbalan Naib Canselor UMS (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Dr Shahril Yusof berkata, ia adalah berdasarkan kemudahan dan infrastuktur selain sumber manusia yang mencukupi bagi membantu usaha untuk memastikan masyarakat di negeri ini celik komputer seiring dengan tuntutan peredaran masa kini.
"Sebagai sebuah Universiti Awam (UA) di Sabah dan berdasarkan konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), UMS sedia untuk bekerjasama selain menjadi 'focal point' kepada pihak MOSTI.
"Universiti ini mempunyai infrastuktur, fasiliti, pelajar, pensyarah selain kampus-kampus UMS di Sandakan, Labuan dan Sikuati Kudat yang sangat memenuhi keperluan mencukupi untuk melaksanakan misi ini," katanya selepas merasmikan Ops Jelajah Siber 2.0 Edisi Sabah di Kompleks Dewan Kuliah Pusat hari ini.
Hadir sama, Naib Presiden Kanan Bahagian Perkhidmatan Korporat CyberSecurity Malaysia (CSM) Mohd Roslan Ahmad dan Ketua Jabatan Pembangunan Industri dan Perniagaan CSM Anwer Yusoff.



SELASA, 09 OGOS - CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS)
ISNIN, 8 OGOS - Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Minda Lestari (PML) bersama Ahli Jawatankuasa Silibus dan Modul PML telah menjalankan lawatan penanda aras di Sekolah Kebangsaan Cina Anglo Chinese Kota Kinabalu baru-baru ini.
ISNIN, 8 OGOS – Usaha Universiti Malaysia Sabah (UMS) membangunkan Pusat Penyelidikan Makanan Ternakan di Apin-Apin, Keningau disokong penuh oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Hj. Sairin Hj. Karno.
JUMAAT, 5 OGOS – Makmal Haemostasis Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) diiktiraf menepati piawaian antarabangsa apabila menerima penganugerahan Sijil Akreditasi MS ISO 15189 oleh Jabatan Standard Malaysia.