SELASA, 24 APRIL -  Duta Universiti (Fokus Luar Bandar) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan Program Motivasi “Get To Know” Siri Kedua bersama pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sindumin, Sipitang baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan daripada Duta Universiti tersebut, program itu telah dikendalikan 28 sukarelawan terdiri daripada pelajar UMS termasuk empat duta yang dilantik Jabatan Pendidikan Tinggi di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTC), Strategi Lautan Biru Kebangsaan 4 (NBOS4) dan disertai 100 pelajar golongan B40 dari sekolah tersebut.

“Dengan misi memotivasikan serta menarik minat para pelajar luar bandar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti, program motivasi ini juga merupakan salah satu inisiatif yang dirangka untuk menghapuskan jurang antara penduduk luar bandar dengan pelajar universiti.

“Program yang berlangsung selama dua hari ini merupakan lanjutan daripada siri pertama program yang melibatkan pelajar tingkatan tiga sekolah ini pada Oktober tahun lepas, dan sambutan yang amat baik daripada pihak sekolah memberi peluang kepada pihak Duta UMS untuk menambah baik program tersebut dengan aktiviti-aktiviti yang lebih interaktif untuk siri kedua,” demikian menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Pengetua SMK Sindumin, Zulkifle Kassim menyuarakan hasrat untuk program sebegini diteruskan agar lebih ramai pelajar luar bandar tertarik untuk yang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

“Diharapkan aktiviti dan pengisian sepanjang program ini dapat menjadi penyuntik semangat para pelajar supaya berusaha dengan lebih baik untuk mencapai cita-cita mereka,” ujar beliau.

Menerusi program itu, para pelajar diberi penerapan berkaitan kemahiran insaniah seperti kepimpinan, komunikasi dan kerjasama dalam kumpulan, di samping bimbingan hala tuju selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pilihan bidang pembelajaran serta perkongsian teknik belajar berkesan.

 

 

 

 

ISNIN, 23 APRIL – Seramai 32 staf Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dilantik sebagai ahli Akrab Care, satu kumpulan yang dibentuk dalam kalangan kakitangan UMS yang bertujuan untuk memberi bantuan dan bimbingan kepada kakitangan berprestasi rendah atau terlibat dalam ‘Exit Policy’ serta mempunyai permasalahan dalam kehidupan seharian.

Pendaftar UMS, No’man Ahmad berkata, beliau yakin dengan kekuatan seramai 32 orang ahli tersebut untuk membantu meningkatkan semangat bekerja dan menghulurkan bantuan dari segi khidmat nasihat dan kaunseling kepada warga kakitangan lain bagi membantu mereka mencari jalan keluar dari sesuatu permasalahan yang membelenggu mereka.

“Diharapkan ahli-ahli Akrab Care mampu menggalas tanggung jawab membantu rakan-rakan yang bukan sahaja mempunyai masalah peribadi, malah mungkin turut berhadapan dengan masalah tekanan di tempat kerja.

“Anda semua haruslah lebih proaktif dalam menangani rakan-rakan yang berhadapan masalah agar mereka tidak terjerumus kepada permasalahan yang lebih berat, sekali gus menjejaskan prestasi kerja yang kemudiannya memberi kesan besar kepada jabatan dan organisasi UMS secara keseluruhannya,” katanya ketika berucap sempena Majlis Pengiktirafan Akrab Care di Galeri Majlis UMS, baru-baru ini.

Beliau menambah, dengan adanya fungsi Akrab Care juga diharapkan sasaran untuk meningkatkan indeks kegembiraan dalam kalangan warga UMS yang pada ketika ini adalah sebanyak 73 peratus, dapat ditingkatkan kepada 85 peratus.

Pada majlis tersebut, beliau menyampaikan sijil penghargaan kepada 32 ahli Akrab Care sebagai tanda pengiktirafan kepada mereka untuk menjalankan khidmat bimbingan dan kaunseling.

Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Raffie Janau dan pengerusi Akrab Care, Sharifah Ismail.

 

JUMAAT, 20 APRIL – Pelaksanaan projek Smart Infra ICT Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal menerima bantuan pembiayaan daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kos sebanyak RM5 juta sebagai permulaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Said Keruak berkata, projek ini akan merangkumi pemasangan rangkaian fiber menghubungkan bangunan dan premis selain pemasangan televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi-lokasi strategik yang bertujuan untuk memantau keselamatan di dalam kampus UMS.

“Rangkaian fiber dan komponen keselamatan yang akan dibangunkan dilihat mampu membantu pihak pentadbiran UMS merealisasikan pelaksanaan Smart Eco UMS 4.0 bagi menjamin persekitaran selamat di kalangan warga UMS serta bakal menjadi platform berpusat pemprosesan insiden dan analisis data. 

“Saya optimis dan yakin bahawa dengan penambahbaikan infrastruktur ICT yang dilakukan ini akan dimanfaatkan sebaiknya oleh warga universiti, serta mampu menjadikan UMS sebagai model dan rujukan dalam pembangunan teknologi digital, mempertingkatkan keberkesanan penyampaian maklumat dan seterusnya mempromosikan UMS sebagai destinasi utama pengajian tinggi di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena merasmikan Pelancaran Smart Infra ICT UMS di Dewan Bankuasi, UMS pagi tadi.

Menurut beliau,  pelaksanaan projek Smart Infra ICT UMS adalah satu usaha baik dan merupakan kesinambungan dalam menyokong usaha kerajaan memenuhi keperluan pembelajaran dan penyelidikan secara lestari kepada universiti awam.

Terdahulu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin berkata, kerjasama pintar antara UMS dan KKMM amat bermakna sebagai satu jambatan yang menghubungkan jurang antara teknologi maklumat dan membolehkan UMS menjadi sebuah Connected Campus.

Katanya, ledakan maklumat yang sentiasa ada di mana jua boleh dicapai melalui penyediaan infrastruktur yang baik.

“Maka, dengan peluang ini diharapkan kita semua dapat memanfaatkan kemudahan ini untuk membina masa depan yang cerah untuk generasi akan datang.

“Adalah penting untuk memastikan prasarana telekomunikasi terutamanya kemudahan jalur lebar disalurkan ke Universiti Awam seperti UMS bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan siswa siswi Universiti Awam serta melengkapkan diri mereka dengan keperluan zaman digital,” kata Datuk D Kamarudin.

Ujar beliau, usaha ini dapat dilaksanakan dengan inisiatif komuniti pintar dan dilaksanakan di peringkat mikro dengan memastikan liputan perkhidmatan serta penggunaan ICT diperkasakan kepada seluruh komuniti.

Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Pegawai Operasi SKMM, Datuk Dr. Mazlan Ismail

JUMAAT, 20 APRIL – Seramai 24 orang pelajar tahun tiga Hubungan Antarabangsa Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan (FKSW), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan taklimat persediaan dalam menghadapi kebakaran ‘Fire-Drill’ di Kampung Bangau-Bangau, Semporna, baru-baru ini.

Diadakan dengan kerjasama Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Semporna, program itu memfokuskan kepada penduduk kampung Bangau-Bangau sebagai satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Menurut Pengarah Program, Susanti Noel, program CSR di kampung ini bertujuan untuk membantu dan memberi pendidikan kepada penduduk kampung bagaimana cara menghadapi kebakaran sekiranya berlaku musibah seperti itu.

Taklimat ringkas mengenai cara-cara memadam api telah disampaikan oleh Ketua Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Semporna, Fazizul Hizam Borhan.

Penduduk kampung juga berpeluang menyaksikan sendiri demonstrasi memadam api dan menyelamat yang ditunjukkan oleh sepuluh orang anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat.

Hadir sama, Ketua Kampung Bangau-Bangau, Muhiddin Akbara dan Jawatankuasa Kampung, Maralbi Almani.

Sumber: Muhammad Nazirrudin Roslan, FKSW

FRIDAY, 20 APRIL – The Housewives and Women Staff Club Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) recently paid a courtesy call to Universiti Malaysia Terengganu (UMT) at Kuala Terengganu and Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun and Shah Alam branches respectively.

The 10 member delegation was headed by its President, Datin Roha Asmara, wife of the Vice-Chancellor of Universiti Malaysia Sabah,  Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin.

On hand to greet them were Exco and members of the Women’s Association of UMT, MUTIARA.

The visit to UMT included the Transparent Fish Secrets Exhibition at the Research Gallery, Institute of Oceanography and Environment, and the Hatchery Complex under the Institute  of Tropical Aquaculture (AKUATROP).

The delegation was also greeted by the Vice-Chancellor of UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar who joined them for lunch whilst touching on the role of women and women empowerment in entrepreneurship.

The delegation then proceeded to UiTM Dungun in the afternoon and were received by the Exco and members of PEWANI, UiTM Dungun branch.

They were briefed on the future plans and activities of PEWANI where KESUMBA returned the same and shared fruitful discussions before heading to MyUFM, the campus radio station of UiTM Dungun.

The delegation also visited UiTM Shah Alam on the second day of their trip where they were welcomed by the Deputy President of PEWANI, Assoc. Prof. Datin Fadzilah Bt Azam Ahmad and other Exco members.

They were also briefed on PEWANI Shah Alam’s future plans and past activities before proceeding to its campus radio station, UFM where the President of KESUMBA was interviewed focussing on the club’s activities and plans.

The delegation ended their visit at UiTM by visiting GESTURZ (Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah), a gallery that showcases various collections such as ceramics, paintings, sculpture, metal works, fashion, textiles, and jewelleries.