- Jumlah paparan: 1786
Business Ethics Workshop 2018 Bantu Pelajar Fahami Nilai Etika Dalam Perniagaan
KHAMIS, 27 SEPTEMBER – Bengkel Business Ethics Workshop 2018 anjuran Pusat Kerjaya UMS mampu membantu pelajar memahami nilai etika yang betul dalam bidang perniagaan atau kerjaya.
Menurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin, perbincangan terhadap isu etika dalam kerjaya dan perniagaan penting dan amat berguna kepada para pelajar kerana permasalahan di tempat kerja juga sering melibatkan isu etika.
“Nilai-nilai etika seperti integriti, jujur, saksama, bertanggungjawab, cekap dan boleh dipercayai bukan sahaja harus diterapkan dalam dunia perniagaan atau kerjaya bahkan di dalam kehidupan harian kita sebagai manusia.
“Para pekerja yang berpegang pada nilai etika akan cenderung untuk menjadi pekerja yang baik, berprestasi cemerlang dan mampu memberi impak positif kepada jabatan atau organisasi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam teks ucapan perasmian bengkel tersebut yang disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Dr. Ismail Ali di Dewan Resital, UMS.
Tambah beliau, diharapkan para pelajar memberikan tumpuan sepenuhnya sepanjang bengkel itu berlangsung dan dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh sebaiknya untuk masa depan.
Program selama sehari itu mendapat tajaan sepenuhnya dari REPSOL Oil & Gas Malaysia Limited, selain turut mendapat kerjasama daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



RABU, 26 SEPTEMBER – Sambutan Hari Ozon Sedunia 2018 Peringkat Negeri Sabah yang diadakan baru-baru ini mampu membina minda, nilai jati diri dan tingkah laku hijau dan lestari kepada semua peserta yang terdiri daripada kalangan generasi muda.
RABU, 26 SEPTEMBER - Hampir 600 peserta menyertai UMS Color Run 2018 anjuran Persatuan Pelajar Pascasiswazah UMS (PSA) dengan sokongan Pusat Pengajian Pascasiswazah dan kerjasama Pusat Pengurusan EcoCampus UMS baru-baru ini.
RABU, 26 SEPTEMBER - Sabah menyambut baik perbincangan berkenaan pembangunan usahawan tani sebagai usaha untuk melindungi sektor buah-buahan tropika yang ada di negeri ini.
SELASA, 25 SEPTEMBER – Program Motivasi Menyeluruh di 4 Dimensi (WM4D) mampu membantu masyarakat menyedari hala tuju dan matlamat kehidupan untuk memajukan diri seterusnya membangunkan negeri dan negara.