KHAMIS, 22 NOVEMBER - Tamu Gadang adalah manifestasi kepada kejayaan pelajar serta seluruh warga Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin berkata, semua kecemerlangan yang dicapai seharusnya dikongsi bersama dengan seluruh warga UMS serta masyarakat agar ia terus menjadi pemangkin kepada kejayaan UMS pada masa akan datang.
“Pelbagai pencapaian berjaya dibuktikan seperti dalam bidang sukan, pelajar UMS tidak pernah lekang menyumbang kepada kejayaan negara kita seperti Lim Boon Huat yang merangkul emas dalam Sukan ASEAN.
“Begitu juga dalam Enactus, UMS pernah mewakili Malaysia ke peringkat dunia sebanyak tiga kali, penglibatan aktif pelajar UMS dalam Yayasan Sukarelawan Siswa, serta empat pelajar yang mewakili UMS ke pertandingan World Championship of Performing Arts di California baru-baru ini juga menunjukkan pencapaian luar biasa dengan merangkul satu pingat emas dan tujuh perak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada Majlis Perasmian Tamu Gadang UMS ke-20, di Padang Kawad UMS, semalam.
Menyentuh penganjuran Tamu Gadang Datuk Dr. D Kamarudin berkata, ia dianjurkan bersempena dengan Majlis Konvokesyen UMS kali ke-20 yang akan berlangsung bermula pada 24 - 26 November ini.
“Sebagai negeri yang mempunyai kepelbagaian kaum dan budaya, Tamu Gadang pada kali ini membawa konsep “Diversity of Sabah” sesuai dengan kedudukan UMS yang menjadi pertembungan seluruh kaum dan budaya yang ada di Sabah.
“Persembahan-persembahan yang disediakan turut memaparkan diversiti ini melalui lagu serta pemakaian yang mewakili kaum-kaum seperti Kadazan-Dusun, Bajau, Murut, Iranun, dan banyak lagi sepanjang Tamu Gadang berlangsung,” jelasnya.
Lafaz perasmiannya disempurnakan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk K Y Mustafa di hadapan kira-kira 3,000 pengunjung yang hadir.
K Y Mustafa turut melancarkan logo Jubli Perak sempena sambutan 25 tahun UMS pada pada tahun 2019.
Berlangsung selama tujuh hari, dianggarkan 70,000 pengunjung akan hadir memeriahkan Tamu Gadang yang diisi dengan pelbagai aktiviti menarik, serta aneka makanan dan barangan daripada 183 gerai pameran dan jualan yang disediakan.
Pelbagai artis terkemuka tanah air juga turut dijemput bagi menggegarkan lagi program itu pada kali ini, antaranya Wany Hasrita, Haqiem Rusly, Nizam Laksamana, Projector Band, Rahmad Mega dan Mus May.
Hadir sama pada majlis perasmian itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Dr Ismail Ali, Ahli Lembaga Pengarah, Pegawai-pegawai Utama dan rakan-rakan strategik UMS.



THURSDAY, 22 NOVEMBER The Research Unit for Languages & Linguistics of Sabah (RULLS), PPIB successfully held its fourth Brown Bag Seminar Series for Languages & Linguistics on 24 September 2018 at Bilik Mesyuarat Utama, PPIB with the title ‘Keeping the Heritage, Embracing the Global: Some Considerations for English Language Instructors’ delivered by Dr. Daron Benjamin Loo from the Centre for English Language Communication, National University of Singapore.
RABU, 21 NOVEMBER – Ahli Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) diingatkan agar sentiasa berpegang teguh kepada nilai-nilai kerja yang berintegriti.
RABU, 21 NOVEMBER – Pasukan PALAPES Laut dan Pasukan Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM) berjaya mengungguli cabaran Tri Challenge UMS 2018 peringkat Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berlangsung di Pantai Pusat Pembangunan Luar (ODEC) baru-baru ini, cabaran yang menyaksikan para peserta melakukan renang 200m, larian UMS Peak 8km, berbasikal sejauh 13km, dan cabaran berhalangan.
RABU, 21 NOVEMBER - Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama Pusat Penyelidikan Perhutanan Antarabangsa (CIFOR), Indonesia bakal mempergiatkan lagi aktiviti penyelidikan berkaitan Sains Perhutanan melalui kerjasama strategik antara kedua-dua institusi.