RABU, 29 OGOS – Pusat Kerjaya Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan lawatan penanda aras selama tiga hari ke beberapa universiti dan agensi kerajaan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Rombongan yang diketuai pengarahnya, Prof. Madya Dr. Lai Yew Meng tersebut telah melawat Pusat Kerjaya dan Kaunseling di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Career Services Centre di Taylor’s University, Kuala Lumpur serta Unit Pengurusan Data di Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pusat Pembangunan Karier di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.
Menurut Dr. Lai, lima pegawai Pusat Kerjaya UMS, iaitu Penolong Pendaftar Kanan, Abdul Haidy Abdul Hamid; Pegawai Psikologi, Nurul Fatiha Firdaus Roslan; Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Ag. Nasip Yonos; Penolong Pegawai Tadbir, Alexander Saidi; dan Pembantu Tadbir, Wenlley Joy turut serta dalam lawatan tersebut sebagai tujuan pendedahan kepada urus tadbir dan fungsi bagi setiap agensi yang dilawati.
“Lawatan ini merupakan satu asas pendedahan ilmu pengetahuan kepada semua staf Pusat Kerjaya untuk diaplikasikan dalam melancarkan urus tadbir pusat ini agar lebih sistematik, cekap dan berkualiti.
“Selain itu, Pusat Kerjaya UMS juga berpeluang membina jaringan dan perpindahan pengetahuan, kepakaran serta amalan terbaik setiap pusat kerjaya yang dilawati merangkumi tujahan utamanya iaitu pengurusan kebolehpasaran graduan, latihan kerjaya dan modal insan, aktiviti keusahawanan dan industri,” tambah beliau.
Sementara itu, Pegawai Psikologi UMS, Nurul Fatiha Firdaus memaklumkan lawatan penanda aras itu adalah tindakan awal persediaan penganjuran Bengkel Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Pusat Kerjaya yang dijadualkan dilaksanakan pada akhir bulan Ogos 2018 untuk memantapkan lagi peranan dan fungsi pusat kerjaya selari dengan objektif dan fungsi penubuhannya.
“Lawatan sebegini amat bertepatan memandangkan Pusat Kerjaya UMS yang baru diwujudkan pada tahun ini dan memainkan peranan penting dalam menyalurkan pelbagai maklumat berguna berkaitan pembangunan dan peluang kerjaya khususnya kepada para graduan dan bakal graduan UMS,” jelas beliau.
Justeru, Nurul Fatiha turut mengajak warga UMS terutama siswa-siswi dan alumni UMS untuk mengunjungi laman facebook rasmi Pusat Kerjaya UMS bagi mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan peluang-peluang kerjaya yang sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa.



KHAMIS, 30 OGOS - Program Daycare dan Transit, Pusat Minda Lestari (PML), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan beberapa program sempena cuti sekolah dengan melawat destinasi-destinasi menarik yang memberi input berguna kepada murid-murid.
KHAMIS, 30 OGOS – Penubuhan Pusat Pemulihan Kecergasan Fizikal (PFRC) di Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mampu menyumbang kepada pembangunan atlet tempatan dan golongan orang kelainan upaya (OKU) melalui program kecergasan fizikal.
RABU, 29 OGOS - Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Kursus Bimbing dan Perkasa Pembimbing Suai Mesra (PSM) Minggu Suai Mesra (MSM) bagi Sesi 2018/2019 selama tujuh hari sehingga Ahad lalu di Dewan Kolej Kediaman Tun Fuad, UMS.
SELASA, 28 OGOS - Pengarah Pusat Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Mohd Asyraaf Abdullah akan menjalani program bersama pasukan Liga Perdana Inggeris, Queen Park Rangers (QPR) selama tiga minggu bermula esok.