KHAMIS, 16 OGOS - Seramai 25 pelajar Wuyi University China kini mengikuti kursus profesional "Artificial Intelligence (Fuzzy Logic) Optimization Engineering" di Universiti Malaysia Sabah.
Kursus kejuruteraan selama 16 hari itu dikendalikan oleh Fakulti Kejuruteraan (FKJ) UMS.
Menurut Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) FKJ, Ismail Saad, adalah menjadi suatu kebanggaan untuk menganjurkan kursus yang disertai oleh pelajar dari luar negara.
“Ia merupakan hasil hubungan baik kerjasama yang telah terjalin antara UMS dan Wuyi University sekali gus menjadi medan perkongsian ilmu untuk manfaat kedua-dua universiti.
“Kita mengharapkan agar lebih banyak program-program seperti ini pada masa-masa akan datang termasuk kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pengajian peringkat pascasiswazah,” katanya.
Ismail berucap berkata demikian dalam satu majlis di FKJ bagi mengalu-alukan kehadiran kesemua pelajar universiti berkenaan.
Kursus yang diadakan sehingga 24 Ogos itu turut memberi ruang kepada para pelajar Wuyi University untuk mengenali negeri Sabah dengan lebih dekat melalui beberapa lawatan ke destinasi menarik yang terdapat di negeri ini.
Hadir sama pada program itu Pengarah Pusat Pengantarabangsaan dan Penglibatan Global UMS, Prof. Dr. Ho Chong Mun.



THURSDAY, 16 AUGUST - A delegation from Universiti Malaysia Sabah (UMS), led by the Vice Chancellor Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin recently visited Heilongjiang Academy of Sciences (HAS) in Harbin, China.
RABU, 15 OGOS – Jabatan Bendahari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar UMS telah mengadakan Kursus Lanjutan ‘Malaysian Public Sector Accounting Standard’ (MPSAS) sebagai usaha memperkukuhkan lagi pemahaman terhadap MPSAS yang merupakan piawaian perakaunan untuk entiti perakaunan sektor awam di Malaysia.
TUESDAY, 14 AUGUST - An endangered juvenile green turtle has been found dead on the beach near Universiti Malaysia Sabah, here on Sunday night.
SELASA, 14 OGOS – Hari Keluarga Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah (KEKAUMAS) 2018 yang berlangsung di Pantai Pusat Pembangunan Luar (ODEC) Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini meriah dengan pelbagai acara menarik disediakan kepada peserta bersama ahli keluarga.