ISNIN, 26 MAC – Seramai 46 pelajar Kolej Kediaman Excellent menjayakan Program Kelas Memasak 2018 yang diadakan bertempat di Makmal Teknologi Bakeri, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) baru-baru ini.
Pengarah program, Munirah Amani Azizan berkata, program yang diadakan buat julung kalinya oleh Exco HELWA Jawatakuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) kolej itu bertujuan meraikan peranan wanita sekali gus mengasah bakat serta memberi pendedahan kepada para peserta dalam bidang masakan.
“Program ini dikendalikan pensyarah berpengalaman dari FSMP, Mohammad Halim Jeinie yang telah mengajar para pelajar teknik menyediakan dan memasak muffin dan brownies.
“Selepas itu kesemua peserta kemudian diminta untuk menterjemahkan ilmu yang diperoleh dalam pertandingan masakan yang turut diadakan pada hari yang sama bagi mengetahui sejauh mana kefahaman mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Munirah, kesemua pelajar yang hadir sangat seronok dengan pengisian dan mengharapkan agar program-program seumpama itu akan diteruskan pada masa-masa akan datang.
“Sebenarnya masih ramai pelajar yang ingin menyertai program ini tetapi atas kepasiti penyertaan yang agak terhad kita membuka pendaftaran berdasarkan siapa cepat dia dapat,” katanya.
Majlis perasmian program sehari itu disempurnakan, Timbalan Pengetua Kolej Kediaman Excellent, Mohd Hilmey Saili.
Sumber: Kolej Excellent



KHAMIS, 22 MAC – Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memeterai satu perjanjian penerbitan buku yang menggunakan aplikasi Augmented Reality (Realiti Berperantara) dalam satu majlis di Dewan Amil Jaya, DBP Cawangan Sabah pagi tadi.
KHAMIS, 22 MAC - Untuk Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus relevan dan memenuhi aspirasi pemegang taruh di era industri 4.0, UMS akan melaksanakan Transformasi ke Arah Universiti/Industri 4.0, kata Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin.
RABU, 21 MAC - Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) terus giat dalam membuat penyelidikan terhadap kepelbagaian sumber khazanah alam semula jadi di Malaysia.
RABU, 21 MAC - Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menandatangani Surat Niat (LoI) bersama Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah, kelmarin.