ISNIN, 19 MAC - Mohamad Farizal Mohamad Shawal, alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) tahun 2003 hingga 2006 dari Fakulti Psikologi dan Pendidikan, tidak menyangka penglibatannya dalam bidang keusahawanan pertanian membolehkan beliau bergelar usahawan berjaya melalui perniagaan fertigasi.
Mula menjalankan perniagaan itu pada tahun 2014, beliau kini mengusahakan lima lot rumah hujan berkeluasan 40x120 kaki seunit di lot tanah Jabatan Pertanian Serdang bagi tanaman ‘Golden Melon’ dan ‘Rock Melon’.
Ketika menerima lawatan dari Pusat Alumni UMS baru-baru ini, beliau turut memaklumkan bahawa perniagaannya itu juga telah membuka cawangan di lokasi baharu di Teluk Panglima Garang Selangor bagi tanaman cili dan timun mini.
“Menjalankan perniagaan fertigasi pertanian penuh dengan cabaran terutama di peringkat awal tetapi dengan adanya tekad, ketekunan dan disiplin yang tinggi pasti akan membuahkan kejayaan,” kata Mohamad Farisal.
Pemuda berasal dari Kuala Lumpur itu berkata, perniagaan tersebut memberikan pulangan yang baik apabila diurus dengan sempurna sambil mengongsikan pendapatannya yang kini mencecah hingga RM120,000 setahun.
Justeru, beliau mengajak orang ramai khususnya para alumni UMS untuk bersama-sama melibatkan diri dalam perniagaan fertigasi.
“Saya bersedia memberikan khidmat nasihat dan bimbingan kepada sesiapa yang mahu mempelajari perniagaan ini,” ujarnya.
Mereka yang berminat boleh menghubungi Pusat Alumni UMS di talian 017-6809371.



ISNIN, 19 MAC – Hampir 250 peserta menyertai Konvensyen Fiqh Borneo 5.0 yang buat julung kalinya diadakan di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.
ISNIN, 19 MAC - Program FreeMarket@ UMS anjuran Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Pusat Islam UMS (PIUMS) mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengunjung baru-baru ini.
JUMAAT, 16 MAC – Dengan tekad dan kesabaran mengusahakan perniagaan Aquafarm, alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS), Azizul Julirin cemerlang apabila beliau terpilih sebagai penerima anugerah “MOSTI SOCIAL INNOVATION 2018” daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) baru-baru ini.
JUMAAT, 16 MAC – Siswa-siswi Universiti Malaysia Sabah (UMS) digesa untuk merebut peluang dalam industri dan ekonomi digital yang semakin berkembang maju di negara ini.