Oleh Salbinous Saribun

SELASA, 29 SEPTEMBER - Kebanyakan penghuni penjara yang melakukan jenayah asalnya berpunca dadah, kata Pengarah Penjara Negeri Sabah, Timbalan Komisioner Penjara, Suria Haji Idris.
Beliau berkata, lebih 50% penghuni penjara adalah terdiri daripada mereka yang melakukan kesalahan yang mempunyai kaitan dengan dadah.
“Ibu bapa pasti kecewa jika anaknya terjerumus dengan dadah, demikian juga ada anak yang menderita dan tidak mendapat kasih sayang apabila ibu bapanya ditempatkan di penjara akibat dadah dan jenayah,” ujarnya ketika berucap merasmikan Program Mesej dari Penjara dan Seminar Kaunseling Penyalahgunaan Dadah Peringkat Kebangsaan di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Suria berkata, beliau merasa sedih apabila melihat anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa datang ke penjara mahu berjumpa ibu bapanya yang sedang menjalani hukuman.
“Pesanan saya kepada masyarakat dan pelajar-pelajar, hargailah erti kehidupan dan erti kebebasan. Sekali kita terjebak dalam jenayah dan penagihan dadah, pastinya padah akan mengundang. Hidup di penjara bukanlah satu kehidupan yang istimewa,” tambahnya lagi.
Program anjuran Jabatan Penjara Negeri Sabah dan UMS itu berlangsung sehingga esok dengan pelbagai pengisian termasuk pembentangan kertas kerja dan forum.
Hadir sama pada majlis perasmian, Timbalan Dekan Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS, Prof. Madya Dr. Christina Peter Ligadu.



RABU, 23 SEPTEMBER - Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) telah menjayakan Aktiviti Kem Keluarga Kompleks Perhutanan 2015 kali ke-17 baru-baru ini.
SELASA, 22 SEPTEMBER - Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) melalui Sektor Pentadbiran dan Perkhidmatan telah mengadakan Taklimat Kesedaran Insurans Kelompok UMS 2015 baru-baru ini.

SELASA, 22 SEPTEMBER – Sedar akan kepentingan pendidikan sains dan matematik pada masa kini, Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) buat julung kalinya menganjurkan 1st Borneo International Conference on Science and Mathematics Education (BICSME 2015) bertempat di bangunan FPP.