JUMAAT, 02 OKTOBER - Bengkel SPM EXCELerate anjuran Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) baru-baru ini mendapat sambutan baik daripada pelajar-pelajar aliran sains yang akan menduduki peperiksaan Sjil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015.
Kenyataan PPST memaklumkan, penganjurannya sebagai usaha meningkatkan pencapaian calon-calon SPM 2015 dalam subjek Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik Tambahan.
Menurut kenyataan itu, kesemua penceramah jemputan mempunyai pengalaman melebihi sepuluh tahun mengajar dalam subjek-subjek tersebut.
Bengkel selama dua hari itu juga turut melatih dan membantu pelajar dalam mengaplikasikan segala teknik yang diberi dengan tepat selain memberi kefahaman kepada pelajar tatacara menjawab soalan selaras dengan peraturan permarkahan berdasarkan kata kunci.
Di samping itu, ia juga mengajar pelajar membuat pembahagian masa yang betul dalam menjawab soalan sebagaimana masa yang ditetapkan dalam peperiksaan SPM.
Bengkel EXCELerate merupakan anjuran PPST setiap tahun sebelum peperiksaan SPM bermula bagi membantu para pelajar yang mahu mendapatkan kecemerlangan di dalam subjek-subjek sains. –SS
Sumber: Pusat Persediaan Sains dan Teknologi



JUMAAT, 02 OKTOBER – Exco Akademik dan Kerjaya Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Tun Mustapha dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdullah 2, Semporna mengadakan Program Segerak Borneo 5.0, baru-baru ini.

JUMAAT, 02 OKTOBER – Exco Akademik dan Kerjaya Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Tun Mustapha dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdullah 2, Semporna mengadakan Program Segerak Borneo 5.0, baru-baru ini.
KHAMIS, 01 OKTOBER – Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita (KESUMBA)Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Klinik Kesihatan Likas baru-baru ini mengadakan Kempen Pemeriksaan Kesihatan dan Pap Smear.