karnivalsukan hepa2015ISNIN, 10 OGOS - Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Karnival Sukan baru-baru ini sebagai memupuk semangat bersukan dalam kalangan kakitangan.

Bertempat di Kompleks Sukan UMS, karnival tersebut disertai jabatan dan pusat di bawah naungan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof. Madya Dr Ismail Ali.

Dikenali sebagai Karnival Sukan HEPA, karnival itu menyenaraikan empat kontinjen iaitu Kontinjen Hitam yang melibatkan gabungan staf Pejabat Khas Timbalan Naib Canselor HEPA, Bahagian Kebajikan, Biasiswa dan Tatatertib Pelajar serta Bahagian Kebudayaan Kesenian HEP.

Kontinjen Hijau pula terdiri daripada gabungan staf Pusat Sukan dan Pusat Alumni manakala  Kontinjen Biru adalah daripada kalangan staf Bahagian Perumahan dan Hospitaliti Pelajar HEP.

Kontinjen selebihnya iaitu Kontinjen Kuning terdiri daripada staf Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya, Zon Bendahari HEP serta Bahagian Pentadbiran.

Semua kontinjen berentap dalam acara sukan Bola Tampar, Futsal, Bola Jaring dan Sepak Takraw pada karnival sehari itu.

Karnival yang buat julung kalinya turut menyaksikan Kontinjen Hijau ternyata jauh lebih gah apabila menjuarai dua kategori sukan iaitu futsal dan bola tampar.

Bola jaring pula dimenangi Kontinjen Hitam, manakala Kontinjen Biru dinobat sebagai pemenang bagi sukan sepak takraw.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof. Madya Dr. Ismail Ali dan Ketua Jabatan HEP Azmi Jumat.

Karnival sukan tersebut antara lain bermatlamat mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan, selain mempromosikan aktiviti kesukanan sebagai aspek yang perlu dititikberatkan dalam penjagaan kesihatan.

Turut diadakan cabutan bertuah kepada semua peserta Karnival Sukan HEPA. -MA & SS-

Sumber : Norhana Nordin, HEPA

Foto : Musa Derin HEPA

Oleh Faezah Mohamad Dun

ethnologue 6KHAMIS, 10 OGOS - Kursi Kadazandusun dan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Summer Insititute of Linguistic (SIL) Malaysia menganjurkan bengkel mengkaji semula data bahasa Sabah dalam Ethnologue.

Menurut Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah penganjuran bengkel tersebut amat bertepatan sebagai dokumentasi sekali gus menjadi  bahan rujukan generasi muda kelak.

“Bahasa merupakan unsur penting dan asas dalam budaya tradisi kita, justeru kesinambungan warisan budaya juga amat penting kepada masyarakat dalam menuju masa hadapan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan perasmiannya yang dibacakan Dekan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW), Profesor Dato’ Mohd. Hamdan Hj. Adnan di Bilik Mesyuarat Utama PPIB.

Penganjuran bengkel yang berlangsung sehingga Khamis itu turut mencatat sejarah kepada UMS sendiri apabila universiti ini dipilih sebagai yang pertama di Malaysia untuk menjalankan kajian seumpamanya.

Sebagai rekod, Ethnologue dimulakan SIL pada 1951 oleh Richard S. Pittman bagi mengongsikan perkembangan bahasa di seluruh dunia bersama pakar bahasa dan para penyelidik.

Foto: Suzeanywati Gasinin

Pengarah bersama warga UMSKALJUMAAT, 07 OGOS - Kira-kira 250 kakitangan memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) di ruang legar, Bangunan Menara universiti, kelmarin. 

Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Murnizam Haji Halik turut hadir untuk bersama-sama pensyarah, pegawai dan kakitangan sokongan meraikan hari lebaran pada tahun ini. 

Kakitangan yang hadir gembira membawa balik pelbagai hadiah dan anugerah termasuk cabutan bertuah, anugerah Jasa Bakti untuk kakitangan yang berkhidmat 10 tahun, gerai terbaik, persembahan nyanyian dan acara sampingan lain. 

Pelbagai juadah disediakan kakitangan sendiri seperti soto, mee kari, rendang, nasi lemak, buah-buahan, bucur kacang hitam dan roti canai.

Sebanyak lapan gerai dihias menarik untuk memastikan warga universiti menjamu selera sambil beramah mesra dan merapatkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara kakitangan UMS Labuan. 

Sambil mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga UMSKAL, Dr Murnizam berharap majlis hari raya itu akan meninggalkan kenangan manis kepada semua kakitangan yang hadir. -SS

Bahagian Media dan Citra

Sumber: Azri Onn

Oleh Faezah Mohamad Dun

Rumah Terbuka PersekutuanJUMAAT,  07 OGOS –Kemeriahan program rumah terbuka pada musim perayaan dilihat mampu memupuk budaya integrasi dalam kalangan penjawat awam kerajaan negeri dan persekutuan.

Perkara tersebut dinyatakan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Borhan Dolah pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan, kelmarin.

Beliau berkata program yang diadakan itu merupakan platform setiap penjawat awam bertemu rakan sejawat di samping beramah mesra antara jabatan masing-masing.

"Ini adalah program integrasi kita sempena Hari Raya bagi mengeratkan lagi silaturahim sesama kita serta pertemuan antara jabatan persekutuan dan negeri," ujar beliau.

Pada sambutan tersebut, Universiti Malaysia Sabah (UMS) menghidangkan Nasi Pelangi, Ayam Masak Merah dan Acar Timun sebagai hidangan kepada para tetamu.

Majlis sambutan turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Haji Juhar Haji Datuk Mahiruddin dan Toh Puan Hajah Norlidah Tan Sri R.M Jasni. 

Foto: Ramdan Saleh Nain