Iftar2015SELASA, 07 JULAI - Seramai 32 penerima terdiri daripada pelajar dan kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima sumbangan Aidilfitri yang disampaikan Canselor UMS, Tun Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin dan Toh Puan Hajah Norlida Tan Sri Datuk RM Jasni.
Sumbangan tersebut disampaikan pada Majlis Iftar Ramadan bersama Canselor yang turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah, Pegawai-pegawai Utama dan Kanan universiti di Majlis UMS, kelmarin.
Majlis yang berlangsung sederhana itu turut diimarahkan dengan sesi tazkirah mengenai amalam mulia di bulan Ramadan yang disampaikan Pengarah Pusat Islam UMS, Dr. Muhamad Suhaimi Taat disamping solat Maghrib, Isyak dan Terawih berjemaah.
Menurut Dr. Muhamad Suhaimi, bulan suci Ramadan seharusnya dijadikan peluang untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah S.W.T dengan memperbanyakkan ibadah sunat.
Selain itu, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tun Zaki Tun Azmi turut berkesempatan beramah mesra bersama pelajar-pelajar Pusat Persediaan Sains dan Teknologi UMS ketika selesai solat Terawih. –ZMD
Photo: Johaidi Ismail
Bahagian Media dan Citra

ben1FRIDAY, 3 JULY – The Staff Recreation Club of Bursar Department once again organised a cooking ‘gotong-royong’ at their premises today, aptly named ‘Ketuk-ketuk Kuali Ramadan’.


On hand to supervise this Iftar Ramadan activity was Senior Assistant Bursar who is also the Club’s President, Silawati @ Ken Silawati Khamis.


She said, this is a yearly activity organised by the Recreation Club of the Department, and the ingredients are sponsored by the club, including some staff of the department.


Meanwhile, Assistant Bursar of the Department, Siti Khadizah Yaakub who also headed the activity said that cooking ‘gotong-royong’ started at 8.00 am and expected to end in the afternoon.


“This year, the club decided on ‘Nasi Kuning’ served with ‘Ikan Tongkol Goreng Bersambal’, ‘Bubur Biji Nangka’ and ‘Acar Timun’,” she added.


The distribution of food will start at 4.00 pm at the main exit of the university. – FL


Media and Citra Division

http://www.ums.edu.my/v5/images/stories/berita_attach/Julai2015/kappaweed_enactus.jpgKHAMIS, 2 JULAI - Pulau Selakan, Semporna yang terletak di Pantai Timur Negeri Sabah, kebanyakannya didiami oleh kaum Bajau Laut dan Suluk. Penduduk di pulau tersebut giat menjalankan industri penanaman dan penghasilan rumpai laut, menjadikan industri ini mengukir nama Pulau Selakan sebagai salah satu pengeluar utama rumpai laut di rantau Asia Tenggara.

Namun, disebabkan oleh kelemahan dalam sistem pengurusan industri rumpai laut di pulau itu, pengusaha rumpai laut di Pulau Selakan menghadapi kesukaran untuk menjana pendapatan yang stabil bagi menyara keluarga mereka, dengan pendapatan isi keluarga hanya sekitar kurang daripada RM 600 sebulan.

Penduduk Pulau Selakan gagal untuk melihat peluang yang ada di persekitaran mereka dan tidak menyedari potensi sebenar industri rumpai laut sekiranya mereka mengusahakan penanaman rumpai laut itu sendiri.

Justeru, Enactus UMS dengan azam untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk di Pulau Selakan, telah mengubah halangan yang dihadapi oleh pengusaha rumpai laut dengan memperkenalkan projek Kappaweed, satu usaha yang dijangka mampu memberi masa depan yang cerah kepada penduduk di Pulau Selakan sekaligus mengubah taraf hidup mereka.

Langkah pertama telah dicapai oleh Enactus UMS apabila Bengkel ‘Memperkasa Kemahiran’  telah dilaksanakan dengan bantuan Pengarah Unit Penyelidikan Rumpai Laut Universiti Malaysia Sabah (UMS). Bengkel tersebut mengajar  beberapa modul pengajaran yang mampu mengasah kemahiran 40 orang kampung Pulau Selakan dalam pengurusan aset dan perniagaan.  

Penolong ketua projek, Ahmad Radhy Abdullah juga telah menganjak projek ini dengan memperkenalkan sistem organisasi dalam kalangan pengusaha rumpai laut di Pulau Selakan, iaitu Organisasi Kappa.

Organisasi tersebut terdiri daripada pengusaha rumpai laut itu sendiri, salah seorang pengusaha, Haji Rubani bin Isnin dilantik sebagai penaung bagi memastikan projek Kappaweed dilaksanakan dengan sistematik dan mapan.

Dengan kolaborasi daripada lembaga pelancongan Sabah, Enactus UMS berharap agar projek ini mendapat sokongan daripada masyarakat setempat dan dapat menghidupkan kembali industri rumpai laut di Pulau Selakan.

Sumber: Enactus UMS

Bahagian Media dan Citra

http://www.ums.edu.my/v5/images/stories/berita_attach/Julai2015/berita_iftar2015.jpgKHAMIS, 2 JULAI – Lebih 50 pelajar Pascasiswazah dari pelbagai Fakulti  Universiti Malaysia Sabah (UMS) hadir pada program Iftar Ramadhan anjuran Persatuan Pelajar Pascasiswazah di Student Lounge, Bangunan Pusat Pascasiswazah, UMS baru-baru ini.

Menurut Timbalan Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah UMS, Dr. Hj. Amran Hj.Harun, program ini dilihat dapat merapatkan lagi ukhuwah sesama warga UMS.

Selain itu, iftar Ramadhan turut mengajar para muslimin dan muslimat untuk sentiasa bersama-sama memperbaiki diri sentiasa bersyukur dalam bersederhana seperti yang tersirat dalam tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh wakil Pusat Islam UMS, Ustaz Nazri Petir.

Program Iftar tersebut diakhiri dengan solat maghrib dan isyak berjemaah seterusnya menunaikan solat sunat terawih. - SM

Bahagian Media dan Citra

Sumber:  Pusat Pengajian PascaSiswazah

YoutubeKHAMIS, 02 JULAI - Bahagian Media dan Citra Universiti Malaysia Sabah (UMS) setakat ini telah menghasilkan 15 buah video pendek pelbagai genre yang boleh ditonton menerusi akaun laman sosial Youtube UMS Official.

Terbaru, filem pendek sempena hari bapa bertajuk ‘Kekasih Bapa’ yang berdurasi 4 minit itu telah ditonton sebanyak 1,075 kali.

Bahagian itu kini sedang giat mempromosikan akaun youtube UMS Official untuk meningkatkan lagi jumlah langganan.

Antara video yang turut mendapat tontonan terbanyak adalah ‘Laporan Gempa Bumi Sabah – 5 Jun 2015’, ‘Masih di Sini’ dan ‘Filem Pendek Hari Malaysia’.

Warga UMS yang belum melanggan ke akaun Youtube UMS Official boleh berbuat demikian di pautan https://www.youtube.com/channel/UCkriQ1ronfQofaoVH1qYk8A. –ZMD