
SELASA, 07 JULAI – Seramai 14 alumni pemimpin mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) berpeluang mengadakan perbincangan dan sesi ramah mesra bersama Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah baru-baru ini.
Program anjuran Pusat Alumni UMS yang dinamakan Majlis Perjumpaan Naib Canselor bersama Mantan-mantan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS itu bertujuan merapatkan hubungan antara alumni pemimpin mahasiswa dengan alma mater atau ringkasnya dikenali sebagai ‘homecoming’.
Dalam perjumpaan singkat itu, Datuk Harun menasihatkan agar ilmu yang ada diguna sebaik mungkin dan sahabat yang ada dikekalkan selamanya.
Beliau juga menyarankan para alumni menjadi pemimpin yang bijak bercakap tanpa berniat negatif dan sekiranya ingin menyampaikan sesuatu, hendaklah disampaikan secara tertib melalui saluran yang betul.
“Kebijaksanaan seseorang pemimpin akan berbalik kepada hati dan jangan sesekali bertindak berasaskan persepsi jika ingin mengekalkan keharmonian dalam kampus, walaupun setelah bergelar alumni,” jelasnya.
Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Ismail Ali; Pemangku Pendaftar UMS, No’man Datuk Hj. Ahmad dan Pengarah Pusat Alumni UMS, Mohd. Raffie Hj. Janau. -MA-
Bahagian Media dan Citra
Sumber: Dayangku Rozlina Datuk Pg Aliuddin



SELASA, 07 JULAI - Seramai 32 penerima terdiri daripada pelajar dan kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima sumbangan Aidilfitri yang disampaikan Canselor UMS, Tun Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin dan Toh Puan Hajah Norlida Tan Sri Datuk RM Jasni.
FRIDAY, 3 JULY – The Staff Recreation Club of Bursar Department once again organised a cooking ‘gotong-royong’ at their premises today, aptly named ‘Ketuk-ketuk Kuali Ramadan’.
KHAMIS, 2 JULAI - Pulau Selakan, Semporna yang terletak di Pantai Timur Negeri Sabah, kebanyakannya didiami oleh kaum Bajau Laut dan Suluk. Penduduk di pulau tersebut giat menjalankan industri penanaman dan penghasilan rumpai laut, menjadikan industri ini mengukir nama Pulau Selakan sebagai salah satu pengeluar utama rumpai laut di rantau Asia Tenggara.