SELASA, 14 JULAI - Pelbagai pihak terus tampil bagi meringankan beban golongan kurang bernasib baik menjelang sambutan Aidilfitri.
Tidak terkecuali Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) yang baru-baru ini telah mengadakan lawatan ke Rumah Anak Yatim Home Tuaran bagi meluangkan masa bersama penghuni rumah kebajikan tersebut.
Pada lawatan itu, KESUMBA turut menyampaikan sumbangan kepada tabung rumah kebajikan Home Tuaran serta bantuan Aidilfitri kepada para penghuni.
Menurut penyelaras Home Tuaran, Dr. Arsiah Bahron, rumah kebajikan yang mula beroperasi sepenuhnya pada bulan Julai 2014 itu sentiasa mengalu-alukan kunjungan daripada pihak luar yang ingin meluangkan masa bersama para penghuni.
“Selain sumbangan dan bantuan barangan, Home Tuaran juga memerlukan sumbangan masa daripada orang ramai untuk memberi sokongan motivasi dan semangat kepada anak-anak di sini,” ujar beliau.
Lawatan tersebut turut dihadiri Yang Dipertua KESUMBA, Datin Baidah Ibrahim. –ZMD
Bahagian Media dan Citra



SELASA, 14 JULAI
SELASA, 14 JULAI - Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk Kampung Kebagu, Sepanggar telah mengadakan program Jaringan Masyarakat dan Majlis Berbuka Puasa, baru-baru ini.
JUMAAT, 10 JULAI - Warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) mengadakan program Ziarah Ramadan sambil menyampaikan bantuan Aidilfitri kepada golongan asnaf di Wilayah Persekutuan Labuan, baru-baru ini.
KHAMIS, 09 JULAI - Hampir seribu penduduk sekitar Kundasang membanjiri pekan Kundasang bagi mendengar Ceramah Gempa Bumi anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) kelmarin.