The Faculty of Business, Economics and Accountancy (FBEA), Universiti Malaysia Sabah feasted with compassion for this Hari Raya.

The faculty's administration department headed by the Dean, Associate Professor Dr. Mohd. Rahimie Abd. Karim together with the Head of Administration, Jumiati Pajakkai organised a donation drive that lasted for two weeks.

According to Rahimie, this was in line with the faculty's intention to be imperative to feed the needy before festive celebration.

He said, as the festive season approaches, the faculty members once again came together to show their support for the less fortunate.

“The faculty donated a substantial amount of goods to the local orphanage, Rumah Anak Yatim As-Sakinah located at Papar.

“The orphanage, which houses over 33 children, relies heavily on the government as well as the community to provide food, clothing, and shelter to the children,” said Rahimie.

Meanwhile, speaking on behalf of the orphanage, the manager, Ustaz Ahmadie Andan expressed his gratitude and appreciation.

"We would like to thank the Faculty of Business, Economics and Accountancy for their kind and generous donations.

“The children will have a wonderful festive season thanks to the support of the faculty," he said.

The faculty members who donated to the orphanage expressed their satisfaction in giving back to the community, particularly during the festive season when many families are struggling to make ends meet.

One donor said, "It is heart-warming to know that we can contribute to the wellbeing of these children, particularly during a time when many of us enjoy plenty."

The donation to the orphanage is just one of many community services that demonstrate UMS commitment as a whole and the faculty specifically in helping those in need.

UMS Vice Chancellor, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor has also expressed his appreciation for the donation drive organised by the faculty administration staff stating that such acts of kindness contribute greatly to the community's wellbeing.

“The festive season is a time for family, friends, and giving.

“The donation to the orphanage is a true reflection of the faculty's spirit of generosity, compassion, and kindness towards those less fortunate.

“It is hoped that the faculty's example will inspire others to give back to the community during this time of the year especially after a huge economic hit after the pandemic,” he said.

 

Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin dan isteri Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R. M. Jasni meluangkan masa berbuka puasa bersama kakitangan dan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Majlis Iftar Perdana @UMS yang diadakan di Pusat Islam UMS malam tadi.

Pada majlis itu, Juhar yang juga merupakan Canselor UMS bersama-sama Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor menyaksikan penyampaian sumbangan zakat berjumlah RM34,500.00 oleh Bahagian Zakat dan Fitrah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kepada UMS.

Sumbangan zakat tersebut disampaikan oleh Penolong Setiausaha Kanan, Agihan Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS, Ustaz Saffruddin Manshuruddin kepada Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan.

Juhar turut menyaksikan acara penyerahan zakat wakalah Bank Islam Berhad berjumlah RM40,000.00 kepada UMS yang disampaikan oleh Pengarah Bank Islam Negeri Sabah, Nona Baria Sarudin.

Beliau kemudiannya menyampaikan sumbangan agihan zakat kepada wakil pelajar dan wakil kakitangan UMS yang layak.

Sejumlah 1,198 pelajar dan 24 orang kakitangan UMS layak menerima agihan zakat tersebut, dengan bantuan zakat pelajar daripada golongan asnaf merangkumi bantuan sara diri, yuran pengajian, yuran asrama, dan bantuan untuk menjalani latihan industri.

Hadirin pada majlis tersebut kemudian mendengar sesi tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Ustaz Datuk Haji Abdul Manap Haji Lakaribah, sebelum berbuka puasa selepas berkumandangnya azan tepat jam 6.26 petang.

Juhar kemudian menunaikan Solat Maghrib, Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid UMS bersama kira-kira 300 kakitangan dan pelajar UMS.

 

Jabatan Bendahari Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengekalkan tradisi gotong-royong dalam kalangan kakitangannya bagi penyediaan juadah berbuka puasa kepada warga kerja universiti.

Tradisi Program ‘Ketuk-ketuk Ramadan’ yang telah dimulakan sejak 2013 itu antara lain adalah bagi mengeratkan lagi jalinan ukhuwah serta meneguhkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan kakitangan Jabatan Bendahari.

Program tersebut juga merupakan sebahagian daripada usaha para kakitangannya dalam mengimarahkan lagi bulan Ramadan yang mulia.

Program dimulakan dengan aktiviti penyediaan bahan mentah untuk juadah diikuti dengan memasak secara gotong royong.

Antara menu juadah yang disediakan adalah Nasi Briyani Ayah, Daging Kari Mama, Acar Masak Chae Chae, Bubur Biji Nangka Lebaran, Teh Ais ala Khairulaming CT, dan Papadom.

Juadah kemudiannya dibungkus sebelum diagihkan kepada warga kerja UMS dari pelbagai jabatan.

 

 

Pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Program Promosi Kesihatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Minyak, Kudat baru-baru ini.

Menurut kenyataan FPSK, program yang bertemakan Kampung Minyak O.S.E.M. (Orang Sihat Elak Merokok) dikendalikan pelajar-pelajar Doktor Perubatan FPSK.

“Program ini menjurus kepada usaha pencegahan merokok berdasarkan hasil kajian kumpulan mahasiswa yang dijalankan selama empat minggu di kampung berkenaan.

“Penduduk kampung telah didedahkan dengan pengetahuan dan kesedaran terhadap bahaya rokok khususnya dalam kalangan generasi muda.

“Ia bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa ketagihan produk merokok sekali gus melahirkan generasi bebas rokok,” demikian menurut kenyataan itu di sini, hari ini.

Program tersebut turut diadakan dengan kerjasama Bahagian Promosi Kesihatan dan Unit Penyakit Tidak Berjangkit Pejabat Kesihatan Kudat, Unit Perubatan Transfusi Hospital Kudat, dan Poliklinik Nusantara Kudat.

FPSK memaklumkan, pelaksanaan program itu sejajar cadangan dasar ‘Generational Endgame’ (GEG) yang diperkenalkan Kementerian Kesihatan pada Febuari 2022 untuk melarang aktiviti berkaitan rokok tembakau termasuk vape bagi mereka yang lahir selepas 2005.

“Di bawah pelaksanaan GEG, produk merokok kini tidak boleh dijual kepada generasi yang lahir bermula dari 01 Januari 2005 dan ke atas.

“Secara spesifiknya, golongan belia yang berumur 18 tahun dan ke bawah pada tahun 2023 adalah dilarang untuk membeli dan memiliki sebarang produk merokok,” jelas kenyataan itu lagi.

Menurutnya, hasil analisa data dalam kajian yang dijalankan mendapati mereka yang bukan perokok memiliki kesihatan mental dan kualiti kehidupan berkaitan kesihatan yang lebih baik secara keseluruhannya.

“Justeru, penganjuran program ini amat penting untuk mencapai GEG yang bermatlamat menurunkan peratus perokok dalam kalangan masyarakat Malaysia kepada kurang daripada 5% menjelang tahun 2040,” ujarnya lagi.

Program itu turut dihadiri Dekan FPSK, Prof. Dr. Mohammad Saffree Jeffree dan rombongan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong merangkap Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Julita Mojungki.

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus giat memperkasa kerjasama strategik dengan beberapa buah universiti awam (UA) melalui perjanjian penyelidikan.

Terbaharu, UMS melalui Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) telah memeterai dua memorandum perjanjian (MoA) bagi dua geran penyelidikan berkaitan penyelidikan air di negeri Sabah.

Pemeteraian MoA tersebut berlangsung dalam satu acara yang disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UMS, Prof. Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly, sambil disaksikan Dekan FSSA, Prof. Dr. Jualang Azlan Gansau.

Turut sama menyaksikan acara menandatangani MoA tersebut Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), FSSA, Prof. Madya PGeol Ts. Gs. Dr. Rodeano Roslee dan Ketua Pentadbiran FSSA, Aidah Noordin.

Dalam pada itu, Jualang dalam satu kenyataan menjelaskan, penyelidik dari FSSA telah berjaya menerima geran bernilai RM500,000.00 di bawah Dana Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan, satu-satunya penerima bagi Fasa Tahun 2021 dari Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang diletakkan di bawah Unit Penyelidikan Air (WRU), UMS.  

“Justeru, satu konsortium ditubuhkan melalui dana penyelidikan tersebut yang dinamakan Integrated Water Research Synergy Consortium (IWARES).

“Konsortium ini merupakan kerjasama strategik yang terdiri daripada 3 buah universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI); Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Stesen Penyelidikan Marin (MARES); dan UMS melalui WRU,” katanya.

Beliau turut memaklumkan tiga penyelidik FSSA yang terlibat dalam penyelidikan tersebut, iaitu Prof. Madya ChM. Dr. Moh Pak Yan yang mempunyai kepakaran dalam bidang kualiti air dan kimia sekitaran; Prof. Dr. Baba Musta dengan bidang kepakaran geokimia; dan Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn Melissa Payus dengan bidang kepakaran perubahan iklim dan adaptasi.

“Melalui penubuhan konsortium ini, UMS berharap implikasi yang lebih baik terhadap pembangunan dan penambahbaikan dari segi kualiti serta kuantiti sumber air komuniti setempat di Sabah khususnya.

“Menerusi kerja penyelidikan tersebut, IWARES akan menjadikan WRU sebagai pusat rujukan kepada kualiti sumber air komuniti tempatan di Sabah, di samping mengetengahkan aplikasi sistem Tagal melalui konsep tradisional untuk pengurusan sumber air,” katanya.

Satu lagi MoA yang ditandatangani adalah perjanjian bagi Geran Sepadan (Matching Grant) bernilai RM100,000.00 dengan kerjasama strategik antara UiTM dan UMS.

Jualang memberitahu, penyelidikan tersebut, antara yang terlibat adalah Ketua Projek dari FSSA, UMS, Dr. Teo Siow Hwa; Dr. Mohd Lokman bin Ibrahim dari UiTM; serta beberapa penyelidik bersama daripada kedua-dua universiti termasuk seorang penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Penyelidikan adalah berkaitan dengan degradasi fotokatalitik bahan pencemaran organik yang boleh meningkatkan kelestarian alam sekitar.

“Degradasi fotokatalitik bahan pencemar organik merupakan proses penting untuk membersihkan air atau udara yang tercemar dan boleh memberi kesan yang besar terhadap peningkatan kualiti alam sekitar.

“Pembangunan teknologi dan proses fotokatalitik baharu ini juga dapat mewujudkan industri dan pekerjaan baharu selain memberi impak kepada ekonomi negeri Sabah secara khususnya dengan mengurangkan kos rawatan air sisa serta kos penjagaan kesihatan yang berkaitan dengan pencemaran,” ujar beliau.

Hadir sama pada acara tersebut Ketua WRU, Prof. Madya ChM. Dr. Moh Pak Yan; Pengarah, Pusat Kajian Bencana Alam UMS, Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn Melissa Payus; dan Pensyarah Kanan FSSA, Dr. Teo Siow Hwa