Pilih bahasa anda

Language

MYFutureJobs, UMS 2026 Buka Peluang Kerjaya Graduan

 

Karnival Lindung Kerjaya MYFutureJobs x Universiti Malaysia Sabah (UMS) 2026 menjadi platform yang membuka peluang kerjaya kepada graduan dan pencari kerja menerusi sesi temu duga serta padanan pekerjaan bersama majikan.

Karnival anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Sabah dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan Pelajar (CEDeC) UMS itu berjaya menghimpunkan seramai 115 peserta yang terdiri daripada graduan dan orang awam.

Karnival tersebut turut menerima kunjungan Timbalan Pengarah PERKESO Negeri Sabah, Salwati Abdul Karim, yang berlangsung baru-baru ini.

Menurut pengarah CEDeC UMS, Profesor Madya Ts. Dr. Sidah Idris, penganjuran karnival itu bertujuan meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan menyediakan peluang pekerjaan, latihan industri serta ruang interaksi secara langsung antara peserta dan majikan.

“Penganjuran Karnival Lindung Kerjaya MYFutureJobs x UMS 2026 mencerminkan komitmen berterusan PERKESO Negeri Sabah dan CEDeC UMS dalam menyediakan platform yang menghubungkan graduan dengan industri.

“Inisiatif ini sekali gus menyokong usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui peluang pekerjaan yang berkualiti,” jelasnya.

Di samping itu katanya, karnival tersebut turut disertai 12 majikan daripada pelbagai sektor yang menawarkan peluang pekerjaan serta latihan industri.

“Sepanjang sesi temu duga berlangsung, seramai 107 peserta menghadiri temu duga dan seramai 17 peserta berjaya memperoleh tawaran pekerjaan, manakala 47 peserta dipanggil menghadiri temu duga peringkat kedua.

“Sementara itu, 30 peserta lagi masih dalam proses penilaian oleh majikan dan 13 peserta tidak berjaya,” ujarnya.

Selain temu duga secara walk-in, karnival tersebut juga menampilkan sesi Graduates Pitching yang memberi peluang kepada peserta memperkenalkan kemahiran, pengalaman dan aspirasi kerjaya mereka secara profesional di hadapan bakal majikan.

MYFutureJobs x UMS 2026 dapat membantu meningkatkan keyakinan diri, mengasah kemahiran komunikasi serta memberi nilai tambah kepada peserta dalam menghadapi proses pemilihan pekerjaan

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda