Pilih bahasa anda

Language

UMS Erat Kerjasama Komuniti Melalui Projek Denai Pendidikan Dan Rumah Hijau

Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Fakulti Perhutanan Tropika (FPT) memperkukuh hubungan dengan komuniti melalui pelaksanaan Projek Denai Pendidikan Lokos-Borot dan Rumah Hijau Kampung Tampasak Babagon yang memfokuskan aktiviti pemindahan ilmu, pendidikan serta pemeliharaan alam sekitar.

Inisiatif itu dilaksanakan menerusi pendekatan Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM), iaitu kaedah pembelajaran berasaskan perkhidmatan yang menggabungkan ilmu akademik dengan penyelesaian isu sebenar di peringkat komuniti.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Profesor Datuk Dr. Rossita Shapawi berkata, projek berkenaan menjadi platform pembelajaran autentik yang memperkukuh kerjasama antara universiti dan komuniti, di samping menyokong agenda pembangunan lestari menerusi perkongsian kepakaran serta pemindahan ilmu.

"Pelaksanaan SULAM membuktikan komitmen universiti dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah berupaya menjadi agen perubahan kepada masyarakat," katanya ketika merasmikan projek itu di Kampung Tampasak Babagon, Penampang baru-baru ini.

Menerusi projek berkenaan, pelajar berpeluang mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di bilik kuliah dalam pelaksanaan program yang memberi manfaat secara langsung kepada komuniti, sekali gus memupuk nilai kepimpinan, kesukarelawanan, empati dan tanggungjawab sosial.

Majlis itu menghimpunkan pensyarah FPT, pelajar, komuniti serta penduduk Kampung Tampasak Babagon bagi meraikan kejayaan pelaksanaan projek berimpak kepada komuniti. 

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda