Malam Anugerah Ikatan Mesra SSMP 2010 (AIMS NIGHT 2010)
Pada 29 Oktober 2010, Exco Projek Dan Protokol telah menganjurkan aktiviti tahunan SSMP iaitu AIMS NIGHT 2010 yang bertempat di Le Meridien Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. Objektif majlis malam anugerah ini adalah (1) menyampaikan Sijil Anugerah Dekan kepada para pelajar cemerlang PNGS 3.50 dan ke atas, (2) mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pensyarah dan staff SSMP dengan pelajar, (3) mencungkil bakat terpendam pelajar untuk sesebuah persembahan, (4) mengurangkan tekanan pelajar sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester.
Tahun ini dengan bertemakan ‘Mystic Behind The Mask‘, para peserta disyaratkan memakai topeng semasa menghadiri majlis malam tersebut. Majlis makan malam dimulakan tepat pada jam 7.30 malam dengan Ketibaan Dekan SSMP mewakili Timbalan Naib Canselor selaku jemputan utama VIP.


Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan sepatah kata yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Sharifudin Md. Shaarani, selaku Dekan SSMP. Seterusnya, majlis makan malam diteruskan dengan jamuan makan malam dan beberapa persembahan oleh para pelajar SSMP. Di antaranya adalah ‘magic show’, tarian, cabutan bertuah, pemilihan Prom King dan Prom Queen pada malam tersebut. Antara acara yang paling menarik adalah persembahan oleh juara UMS IDOL 2010 dan persembahan ‘profesional live band’ pada sepanjang malam tersebut.

Peserta juga dihiburkan dengan aktiviti cabutan bertuah. Sebanyak 7 buah hamper disediakan sempena cabutan bertuah tersebut. Hadiah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Sharifudin Md. Shaarani selaku Dekan SSMP. Majlis telah bersurai pada jam 10.30 malam dengan seribu kenangan manis dan minda yang lapang.
