PENGENALAN

PENGENALAN

Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) yang sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan (SSMP) telah ditubuhkan pada tahun 1997. Sehingga kini, FSMP menawarkan empat (4) program peringkat prasiswazah iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan (Kepujian) Sains Makanan dan Pemakanan, Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan (Kepujian) Teknologi Makanan dan Bioproses, Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan (Kepujian) Perkhidmatan Makanan dan Ijazah Sarjana Muda Pemakanan. Program yang disediakan akan membolehkan pelajar mempunyai asas yang kukuh dalam bidang pengajian yang diceburi agar boleh memasuki pasaran kerja dalam industri berkaitan bagi melahirkan golongan professional dalam bidang sains dan teknologi makanan, pemakanan dan perkhidmatan makanan. FSMP juga menawarkan program peringkat pascasiswazah iaitu Ijazah Sarjana secara kerja kursus dan penyelidikan dan Ijazah Doktor Falsafah (Penyelidikan) dalam pelbagai bidang pengkhususan yang dikendalikan oleh kakitangan akademik yang terlatih dalam bidang masing-masing. FSMP sentiasa berusaha untuk meningkatkan aktiviti penyelidikan dengan mendapatkan geran penyelidikan dari pelbagai agensi. Hasil penyelidikan telah terbukti melalui penerbitan dari jurnal antarabangsa, paten dan anugerah. Melalui usaha ini akan dapat membantu UMS dalam mendapatkan pengiktirafan diperingkat antarabangsa.

 

 

 

 

HELIX_TAGS

About

Offices

Useful Links

Reach Us

Faculty of Food Science and Nutrition
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.

+60 88 320 000

pejfsmp[@]ums.edu.my

Follow Us

Download App

iUMS

Download Now!

Qries

Qries