Bengkel Semakan Kurikulum Akademik FSMP 2025 telah pun berjaya diadakan. Bengkel ini telah berlangsung dari 23 hingga 24 September 2025 di Nexus Resort & SPA, Karambunai, dan dihadiri oleh semua pensyarah Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP).
Selama dua hari, bengkel ini telah menjadi platform penting untuk perbincangan mendalam mengenai kurikulum akademik. Antara perbincangan utama termasuklah penyemakan setiap program prasiswazah;UH6541001 (Perkhidmatan Makanan), UH6541002 (Sains Makanan dan Pemakanan), UH6541003 (Pemakanan), dan UH6541004 (Teknologi Makanan)—telah membuat pembentangan cadangan masing-masing.
Pengemaskinian kurikulum juga telah dijalankan dimana para peserta bengkel bekerjasama untuk mengemas kini silibus kursus bagi mengelakkan pertindihan dan memastikan kursus yang ditawarkan relevan.
Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Fakulti turut diadakan untuk mengesahkan beberapa laporan penting dan membincangkan Perancangan Akademik 2026 berdasarkan KRA.
Kehadiran dan sumbangan yang diberikan oleh semua pensyarah amatlah dihargai. Bengkel ini telah mencapai matlamatnya dalam memastikan kualiti kurikulum akademik FSMP sentiasa terpelihara.