Perbincangan Kerjasama Penyelidikan FSMP UMS & Sazarice Sdn. Bhd. ke Arah Inovasi Produk Beras Tempatan dan Import

Sesi perbincangan strategik ini telah dipengerusikan oleh Dekan FSMP, Prof. Ts. Dr. Hasmadi Mamat, bersama Dr. Jumardi Roslan (Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Ts. Dr. Ahmad Hazim Abdul Aziz selaku Ketua Projek Penyelidikan.
Perbincangan memberi fokus kepada penerokaan inovasi berasaskan sains dalam penghasilan produk makanan yang mampan dan berdaya saing, selari dengan keperluan pasaran dan aspirasi pembangunan industri makanan negara.

FSMP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Sazarice atas kesediaan dan komitmen dalam menjayakan usaha ini.
Terima kasih.