JUMAAT, 19 MEI - Pengguna alam siber diingatkan agar sentiasa mengamalkan integriti dalam setiap aktiviti di laman sosial.
Menurut Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Dato’ Abdul Majid Mohd Ali, pengguna laman sosial harus sentiasa meneliti sesuatu berita mahupun cerita sebelum memajukan kepada orang lain.
“Kita bimbang bila perkara yang disampaikan itu tidak benar atau tidak tepat, ia akan mengundang fitnah kepada orang lain dan ianya sangat tidak berintegriti,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Integriti di Alam Siber’ sempena program Ops Jelajah Siber yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bertempat di Pusat Persediaan Sains Teknologi (PPST) Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Tambah beliau, jenayah siber boleh menjadi ancaman kepada keluarga sekiranya masyarakat lalai dan terlalu berkongsi maklumat di media sosial seperti melalui aplikasi Facebook, Instagram dan WhatsApp.
Sementara itu, ceramah bertajuk ‘Internet Safety for Women’ yang disampaikan oleh wakil daripada Cyber Security Malaysia, Izwadee Hamzah menasihatkan golongan wanita agar tidak manjadi mangsa pelbagai scam seperti Love Scam, Parcel Scam, African Scam dan sebagainya.
“Banyak kes yang dilaporkan melibatkan golongan wanita yang mengalami kerugian beratus ribu ringgit akibat tertipu dengan pelbagai scam.
“Melalui ceramah ini, saya berharap golongan wanita lebih peka dan dapat membezakan dengan lebih jelas tentang ancaman jenayah siber,” katanya.
Menurut beliau, dilaporkan 60 peratus jenayah siber yang terjadi adalah disebabkan oleh kelalaian pengguna siber itu sendiri.
“Pastikan anda membuat Data Sanitation untuk telefon bimbit atau komputer anda bagi mengelak daripada terjadinya ugutan jenayah siber,” ujar beliau.
Lebih 250 peserta program menghadiri ceramah tersebut yang terdiri daripada ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Sabah, Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA), serta para pelajar dan kakitangan UMS.



JUMAAT, 19 MEI - Bagi menyemarakkan Pelancongan EcoCampus di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Pusat Pengurusan EcoCampus telah mengadakan pertemuan bersama syarikat-syarikat pengusaha pelancongan di Sabah bagi memasukkan UMS sebagai salah satu destinasi dalam pakej pelancongan mereka.
JUMAAT, 19 MEI – Seramai 542 pelajar menyertai Karnival Sukan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) 2017 bertempat di Kompleks Sukan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.
JUMAAT, 19 MEI – Aspirasi belia pada masa ini perlu mengambil kira usaha mengekalkan perpaduan dan keamanan yang dikecapi negara pada masa kini kerana elemen tersebut merupakan tunjang kepada pembangunan mampan sesebuah negara.
KHAMIS, 18 MEI - Kempen “Cintai Alam Sekitar dan Badan Sihat” yang dilaksanakan oleh Pengurusan Organisasi Pelajar (POP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kampung Sembulan Tengah, Kota Kinabalu baru-baru ini mampu menjadi pencetus kepada penduduk kampung itu untuk terus menjaga kebersihan persekitaran kampung.