JUMAAT, 27 JANUARI - Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Jawatankuasa Kebajikan, Rekreasi dan Libatsama Masyarakat telah melancarkan tabung bantuan mangsa yang terjejas banjir di Kota Marudu dan Pitas.
Menurut kenyataan pusat itu, antara jenis bantuan yang diperlukan adalah beras, minyak masak serta makanan tin seperti sardin selain makanan segera seperti roti, biskut dan mi segera.
Derma berupa wang ringgit juga diperlukan untuk membeli barangan keperluan lain penduduk yang terjejas banjir.
Mereka yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berhubung dengan Veronica di talian 011-26857017, Eveny (014-9580273), Nelson (019-5846520) atau Erwin (014-3335392).
Sumbangan akan dikumpulkan sehingga 3 Februari 2017.



JUMAAT, 27 JANUARI - Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan ditutup bermula esok sehingga 30 Januari 2017.
ISNIN, 23 JANUARI - Seramai 56 pegawai kadet Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Universiti Malaysia (UMS) berjaya mengikuti Kursus Metodologi Kejurulatihan dan Bakal Pegawai yang berakhir pada Sabtu di Dewan Kolej Kediaman Tun Mustapha, UMS.
ISNIN, 23 JANUARI - Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan satu seminar mengenai Pemetaan Sumber Kebudayaan Pelancongan di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) baru-baru ini.
KHAMIS, 19 JANUARI – Akuarium dan Muzium Marin Universiti Malaysia Sabah (UMS) mencatatkan 41,561 kehadiran pengunjung sepanjang tahun 2016.