KHAMIS, 24 NOVEMBER – Pelajar Antarabangsa Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya meraih tempat ketiga bagi pertandingan tarian sempena Festival Kebudayaan Pelajar Antarabangsa 1World Culture baru-baru ini.
Festival yang berlangsung di Universiti Nilai, Negeri Sembilan itu turut mempertandingkan pertandingan nyanyian dan disertai oleh beberapa Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia antaranya Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tun Abdul Razak, International University of Malaya-Wales, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Segi University, Sunway University, Universiti Induistri Selangor, dan Universiti Malaysia Sarawak.
Persembahan menarik pasukan UMS membolehkan mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000, dengan UTP dinobatkan sebagai johan bagi kategori tersebut, dan UiTM muncul naib johan.
Dalam pada itu, Pengarah Pusat Hal Ehwal Antarabangsa UMS, Molly Donna Awang Sham berkata program sebegini merupakan salah satu platform terbaik untuk meningkatkan integrasi sesama pelajar.
“Ini juga mampu memberi peluang kepada mereka untuk mengenali budaya di Malaysia di samping meningkatkan kemahiran insaniah pelajar” ujar beliau.
Beliau turut berharap agar aktiviti seperti ini akan diteruskan, selain berharap UMS akan muncul johan pada edisi akan datang.
Sumber: PHEA



KHAMIS, 24 NOVEMBER - Kira-kira 130 pelajar Kejuruteraan Awam Universiti Malaysia Sabah (UMS) menghadiri ceramah berkaitan pengurusan integriti bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru-baru ini.
RABU, 23 NOVEMBER - Tiada penglibatan pegawai utama Universiti Malaysia Sabah (UMS) atau mana-mana kakitangan UMS dalam Perhimpunan Bersih 5.0 yang berlangsung di beberapa kawasan di sekitar Kota Kinabalu baru-baru ini.
RABU, 23 NOVEMBER 2016 – Seramai 79 pelajar dari kursus kokurikulum Pengurusan Organisasi Pelajar seksyen 4 dan 7, telah menjalankan Program ‘UMS Spread The Love, Sejenak bersama, Selama Terasa’ yang diadakan di Rumah Putera Harapan, Ranau.
ISNIN, 21 NOVEMBER – Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menandatangani dokumen perjanjian bersama Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (ACISB) dalam satu majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Lembaga Eksekutif, UMS pagi tadi.