KHAMIS, 27 FEBRUARI 2020 - Pusat Pengurusan EcoCampus (EMC) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima Lawatan Kolaborasi Strategik Pusat Pengurusan Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (CMeOSH), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada Selasa lalu.
Lawatan yang diketuai oleh Pengarah CMeOSH, Prof. Ts. Ir. Dr. Hj. Ahmad Rasdan Ismail telah disambut Pengarah EMC, Prof. Madya Dr. Berhaman Ahmad.
Prof. Madya Dr. Berhaman dalam ucapan alu-aluannya mengutarakan kesungguhan EMC untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam pelestarian persekitaran dan pemupukan gaya hidup hijau dalam kalangan warga universiti dan pemegang taruh.
“Sesungguhnya program perkongsian dan penerokaan peluang kolaborasi strategik sebegini amat selari dengan takrifan ‘EcoCampus UMS’ iaitu sebagai pusat rujukan dalam pembangunan lestari tempatan, kebangsaan, serantau dan sedunia.
“Kejayaan pelestarian persekitaran dan pemupukan gaya hidup hijau secara menyeluruh, khususnya dalam arena pengajian tinggi amatlah mustahak demi melahirkan masyarakat masa hadapan yang bukan hanya memiliki kesedaran alam sekitar yang tinggi malahan daya pematuhan dan pelaksanaan amalan hijau dalam kehidupan seharian yang kuat,” ujarnya.
Turut hadir Timbalan Pengarah EMC, Kelvin BH Kueh yang telah memberikan taklimat falsafah dan konsep Agenda EcoCampus UMS serta pencapaian dan cabaran sejak permulaan penubuhannya pada 2013.



ISNIN, 24 FEBRUARI - Forum Masa Depan Malaysia: Prospek dan Cabaran yang berlangsung di Auditorium Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini telah mengupas pelbagai topik berkaitan peranan orang muda dalam isu berkaitan ekonomi, politik dan sosial negara.
KHAMIS, 20 FEBRUARI - Universiti Malaysia Sabah (UMS) sentiasa mempertingkatkan usaha memberi sumbangan kepada komuniti khasnya di negeri Sabah dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian kewujudannya di negeri ini.
SELASA, 18 FEBRUARI 2020 - Universiti Malaysia Sabah (UMS) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama JAPFA Comfeed Indonesia, sebuah syarikat pembuat makanan ternakan yang terbesar di Asia dengan perniagaan multimilion dalam sektor penternakan haiwan, akuakultur, perdagangan dan perkhidmatan.
JUMAAT, 14 FEBRUARI - Seramai 18 pelajar Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan siri lawatan ke beberapa agensi di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi menjayakan Program Delegasi Kerjaya dan Akademik baru-baru ini.