KHAMIS, 17 MEI – Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) sedia bekerjasama dengan Dewan Perdagangan Islam Malaysia Labuan (DPIML) dalam menjayakan penganjuran persidangan antarabangsa, iaitu "Applied International Business Conference (AIBC 2018)" kali ke-3 yang diadakan di Hotel Grand Dorsett, Wilayah Persekutuan Labuan pada 23 dan 24 Oktober 2018.
Jalinan kolaborasi dua hala itu adalah antara yang dibincangkan kedua-dua pihak pada mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Aras 13, Bangunan Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) kelmarin.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal selaku Penasihat AIBC bersama jawatankuasa AIBC iaitu Prof. Madya Dr. Hanudin Amin (Pengerusi), Noor Muafiza Masdar (Bendahari), Dr. Sharinah Puasa dan Iftekhar Amin Chowdhury (Tajaan).
Manakala DPIML diwakili Pengerusinya, Wan Abdul Rahim Wan Abd Rahman bersama Timbalan Pengerusi, Dr. Ramli Tahir dan Ahli Jawatankuasa, Sabrina Jessey Mohd Iskandar.
Tema persidangan kali ini ialah "Embracing The Industrial Revolution 4.0: Business Challenges".
Menerusi kolaborasi ini, DPIML bersetuju untuk menyumbangkan idea dalam bentuk industri manakala FKAL dalam bentuk pendidikan/ilmiah.
Persidangan ini melibatkan peserta dari dalam dan luar negara dengan sasaran seramai 100 orang pembentang.
Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web http://appskal.ums.edu.my/aibc2018 atau https://www.facebook.com/3rdaibc2018.
Sumber: Azri Onn



RABU, 16 MEI - Seramai 36 peserta mengambil bahagian dalam program Komuniti Pendidikan Sains dan Teknologi sekolah luar bandar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Salleh Ranau baru-baru ini.
SELASA, 15 MEI - Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Dr. Shahril Yusof menyarankan agar hasil seni pelajar program Teknologi Seni Visual, Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan (FKSW) dipamerkan kepada umum.
ISNIN, 14 MEI - Para penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) sekali lagi menunjukkan pencapaian membanggakan apabila berjaya merangkul dua pingat emas dan lapan perak dalam penyertaan International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2018 baru-baru ini.
The work of making dictionaries describes impossibility because it is a daunting task to be carried out specifically by those from cultures which do not have the advantage of established and extensive documented history of literacy and lexical recording of their languages.