RABU, 23 MEI – Universiti Malaysia Sabah (UMS) memperkenalkan konsep Bring Your Own Device (BYOD) bagi memastikan penyampaian teknologi maklumat dalam perkhidmatan universiti sentiasa lancar.
Pendaftar UMS, No’man Ahmad berkata, konsep BYOD diperkenalkan sebagai satu langkah menyelesaikan masalah terhadap penyediaan alat peranti kepada kakitangan dengan spesifikasi bersesuaian yang melibatkan kos yang tinggi.
“Pada dasarnya, pelaksanaan BYOD adalah satu konsep yang membenarkan pengguna membawa alat peranti sendiri untuk melaksanakan tugasan di tempat kerja selain untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.
“Ini dapat dijadikan sebagai panduan untuk membentuk kerangka penyediaan infrastruktur bagi meningkatkan pembelajaran dan pengajaran sama ada perisian atau program yang sesuai dan menyokong konsep BYOD di kampus seperti Virtual Desktop Infrastructure (VDI),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pelancaran Geran BYOD dan Ujilari VDI di Megalab, Perpustakaan UMS kelmarin.
Tambah beliau, melalui inisiatif VDI, pengguna tidak terbeban dengan peningkatan teknologi dan boleh menggunakan peranti yang asas atau sedia ada, sekali gus memperkayakan pembelajaran dan pengajaran universiti dengan tenaga pengajar dapat menyediakan bahan dengan program sokongan yang membantu dalam penyampaian.
“Cetusan inovasi ini juga adalah seiring dengan Dasar E-Pembelajaran Negara 2.0 (DEPAN 2.0), dan diharapkan dapat menjadikan pemegang taruh UMS, iaitu pelajar untuk sentiasa berdaya saing dan memenuhi keperluan kemahiran negara,” ujar beliau.
Hadir sama pada majlis tersebut Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Noor Hapipah Samat.



SELASA, 22 MEI - Exco Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah, Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) Kolej Kediaman Excellent (KKE) mengadakan Program E-slamic Camp 1.0 baru-baru ini.
ISNIN, 21 MEI - Program Latihan Bencana Alam Tsunami anjuran Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini mampu memberi pemahaman tentang ancaman tsunami dan langkah-langkah yang perlu dilakukan apabila menghadapi bencana tersebut.
JUMAAT, 18 MEI - Kursus teknikal “Acuan dan Perancah Binaan” yang melibatkan pelajar Fakulti Kejuruteraan (FKJ) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mampu mengetengahkan kepada peserta tentang kemahiran teknikal serta pengalaman sebagai persediaan bakal graduan Kejuruteraan Awam untuk memenuhi pasaran sektor pembinaan negara.
KHAMIS, 17 MEI - Sejumlah RM30,000 sumbangan diperuntukkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi membantu aktiviti alumni di peringkat fakulti.