KHAMIS, 20 JULAI – Hujan lebat tidak menghalang seramai 192 peserta menyertai acara 7K Ocean Edu-Walk yang dianjurkan sempena kemuncak sambutan World Oceans and Coral Triangle Month baru-baru ini.
Bermula di ruangan tempat letak kenderaan di Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), acara itu membawa para peserta beriadah secara santai dengan berjalan kaki sejauh tujuh kilometer mengelilingi kampus sebelum tamat di Jeti UMS.
Menurut urusetia penganjur, Flora Anne Asalin, ia merupakan salah satu usaha bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan laut dan hidupan marin sekali gus membudayakan amalan hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat.
“Setiap peserta yang mengikuti acara ini telah membayar yuran penyertaan sebanyak RM30 dan menerima baju untuk dipakai semasa acara berlangsung selain sijil, cenderahati serta peluang untuk memenangi hadiah cabutan tiket bertuah.
“RM5 daripada setiap pungutan yuran disumbangkan kepada Unit Kajian Alga Bahaya untuk tujuan membantu pembiayaan kos operasi penyelidikan yang menyaksikan sebanyak RM960 berjaya dikumpulkan untuk tujuan tersebut,” katanya ketika ditemui media.
Dianjurkan IPMB dengan kerjasama Coral Triangle Initiative (CTI) Sabah, acara itu telah disertai orang awam, pelajar dan kakitangan UMS.
Oleh Rodzmidi Abdul Latif (Pelajar Latihan Industri BPK)



KHAMIS, 20 JULAI – Pemahaman terhadap pendidikan dan sosiobudaya merupakan tonggak penting dalam memacu pencapaian jangka masa panjang Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).
ISNIN, 17 JULAI – Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-20 di Galeri Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Sabah (UMS), baru-baru ini.
KHAMIS, 13 JULAI – Sambutan Aidilfitiri Raya@UMS yang berlangsung di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2, Universiti Malaysia Sabah (UMS) pagi tadi meriah dengan pelbagai juadah yang dihidangkan di 31 buah gerai makanan.